passionately driven

Bekas Tentera, Kini Warden MRSM, Maut Dalam Kemalangan Tragis

Bekas Tentera, Kini Warden MRSM, Maut Dalam Kemalangan Tragis

Seorang warden Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting yang juga bekas anggota tentera maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.2, Jalan Jelai Tambahan berhampiran Restoran Terapung, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata kejadian berlaku sekitar jam 7 malam dan melibatkan sebuah lori Isuzu dipandu lelaki berusia 57 tahun serta motosikal jenis VOG yang ditunggang mangsa berusia 55 tahun.

Siasatan awal mendapati, lori berkenaan dalam perjalanan dari Melaka ke Jelai untuk menghantar simen, manakala mangsa menunggang dari MRSM Serting menuju ke rumahnya di Bukit Gambir, Muar.

Ketika tiba di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit. Pemandu lori sempat mengelak ke kiri namun tetap melanggar mangsa dan menyeret motosikalnya sebelum kenderaan itu merempuh tiang elektrik di tepi jalan.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD