passionately driven

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-4 Dibuka 28 November Ini

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-4 Dibuka 28 November Ini

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan edisi ke-4 akan berlangsung dari 28 hingga 30 November ini bagi membantu bakal jemaah mendapatkan maklumat sahih dan mengelakkan mereka daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Jabatan Haji Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun, berkata sebanyak 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen akan hadir bagi menawarkan pelbagai pilihan pakej haji mengikut bajet dan keperluan jemaah.

“Semua syarikat yang berada di karnival ini adalah syarikat berlesen di bawah Tabung Haji. Mana-mana syarikat lain tidak dibenarkan menguruskan haji dan tindakan tersebut menyalahi akta. Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu atau syarikat yang mendakwa mampu menyediakan visa, kerana kerajaan Arab Saudi menegaskan tiada haji tanpa visa sah,” katanya.

Menurutnya, selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, karnival ini turut menyediakan maklumat berkaitan pakej umrah serta pelbagai tawaran pelancongan.

Antara pengisian menarik termasuk Bual Bicara Podcast TH, Simulasi Haji Cilik, selain persembahan kumpulan nasyid tersohor seperti Raihan, Inteam dan Mawi.

Karnival yang berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang itu juga menawarkan pelbagai pakej ekonomi dengan harga serendah bawah RM55,000.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD