All-New SAGA Cetus Fenomena – 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!

All-New SAGA Cetus Fenomena – 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!

All-New Saga kini jadi fenomena! Dalam masa lima hari sejak harga anggaran diumumkan, 10,000 tempahan direkod bersamaan 2,000 sehari, 83 sejam, atau satu setiap 43 saat. Penghantaran akan bermula terus selepas pelancaran rasmi.

Dibina atas platform Advanced Modular Architecture (AMA), Saga baharu hadir dengan enjin i-GT 1.5L CVT jimat minyak, 9 Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), 6 beg udara, paparan 16-inci Integrated Dual Screen, serta rekaan dalaman Sulaman Songket. Semua ciri ini menjadikan Saga baharu gabungan prestasi, keselamatan dan gaya pada harga mampu milik RM40,000–RM50,000.

Untuk sambutan hangat ini, Proton lancar siri IKONIK TOGETHER-GATHER di beberapa lokasi seperti Penang dan Kuantan, membolehkan orang ramai lihat kereta baharu sebelum pelancaran rasmi. Aktiviti ini gabungkan makanan, muzik, gaya hidup dan pengalaman komuniti.

Tempahan awal masih dibuka dengan tawaran Early Bird: servis percuma 1 tahun atau 20,000 km serta Touch ‘n Go edisi terhad. Pelanggan digalakkan membuat tempahan segera sebelum 31 Disember 2025 untuk menikmati tawaran istimewa ini.

All-New Saga jelas bukan sekadar kereta, tapi simbol kebanggaan rakyat Malaysia kerana ia merupakan ciptaan tempatan, untuk rakyat Malaysia, sambil bersedia berdiri di pentas global!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD