Beberapa laluan di Perlis terpaksa ditutup sementara selepas kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.
Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Mohd Ismail Ibrahim memaklumkan bahawa antara jalan yang terjejas termasuklah :
Jalan Kaki Bukit Batu 16
Simpang Tiga Kok Mak
Laluan ke Wang Kelian
Jalan Kampung Chantek
Jalan Titi Tinggi
Jalan Gua Kelam
Jalan Kangar–Padang Besar (berhampiran Agrovet Perlis)
Jalan Kangar–Padang Besar (Bukit Chabang)
Jalan Kaki Bukit–Gua Kelam (Biro Tatanegara)
Bulatan Kilang Gula
Jalan Batas Liku Rani Estate
Jalan Kubang Gajah
Jalan Besar Arau–Kodiang
Jalan Kampung Gial
Jalan Syed Hussein
Jalan Stesen KTMB Arau
Beliau menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan lebih berhati-hati demi keselamatan diri serta mengelakkan sebarang risiko kerosakan kenderaan.
“Mangsa yang terjejas juga diminta memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi arahan berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi memastikan keselamatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, ibu bapa dan penjaga turut diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain di kawasan banjir, longkang, parit atau sungai.
SAC Mohd Ismail turut memaklumkan bahawa pelancong yang terkandas di pintu sempadan Wang Kelian akibat tanah runtuh dan pokok tumbang sedang dibawa keluar secara berperingkat oleh pihak berkuasa sehingga proses itu selesai.
Sumber: MalaysiaGazette
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?