Pengawal Keselamatan Maut Dirempuh Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan.
Seorang pengawal keselamatan, Kamphon, 52, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan untuk membantu pemandu trak pikap yang terbabas di Phahonyothin Road, wilayah Pathum Thani, Thailand, awal hari Isnin.
Menurut polis, mangsa tercampak sejauh kira-kira 50 meter akibat impak rempuhan tersebut. Kejadian berlaku ketika Kamphon bergegas membantu pemandu trak yang terbabas dan melanggar penghadang jambatan.
Pemandu kereta yang terlibat memberitahu, beliau gagal memberhentikan kenderaan tepat pada masanya apabila mangsa melintas secara tiba-tiba.
Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut, manakala pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?