NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dakwa Dirogol Pemandu E-Hailing Kerana Takut Dimarah Oleh Keluarga Sendiri

Dakwa Dirogol Pemandu E-Hailing Kerana Takut Dimarah Oleh Keluarga Sendiri

Seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol oleh pemandu e-hailing akhirnya didapati mereka-reka cerita selepas polis menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, wanita tempatan berusia 25 tahun itu mengemukakan laporan palsu semata-mata kerana takut dimarahi keluarga selepas pulang lewat.

Menurutnya, laporan polis dibuat pada jam 10.27 pagi semalam, dengan dakwaan kononnya dia dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh seorang pemandu e-hailing di kawasan Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai, sekitar jam 8.30 malam kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu tidak berlaku dan pengadu mengakui membuat cerita tersebut kerana dimarahi keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakan membuat laporan palsu adalah satu kesalahan serius mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy