Musim Tengkujuh Datang, Penduduk Siap ‘Wrap’ Kereta Elak Rosak

Musim Tengkujuh Datang, Penduduk Siap ‘Wrap’ Kereta Elak Rosak

Musim tengkujuh makin terasa dan ramai penduduk terutama di kawasan rendah dah mula ambil langkah awal untuk elak kerosakan bila air naik. Di media sosial penuh dengan posting orang alihkan perabot, simpan dokumen penting, angkat barang elektrik ke tempat tinggi.

Tapi satu perkongsian ni betul-betul menarik perhatian apabila seorang pengguna siap balut kereta dia dengan plastik tebal sebagai persediaan banjir.

Usaha supaya kereta tak rosak. Plastik ni memang kuat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Nampaknya trend balut kereta ni makin popular di kawasan berisiko banjir, sebab ramai yang dah tidak sanggup tanggung kos baik pulih kalau kenderaan tenggelam.

“Bila rumah memang selalu naik air… ini lah ikhtiar terakhir sebelum banjir datang. Tak kisah orang nak kata apa, janji kereta tak masuk air,” kata seorang lagi.

Setakat ini, menurut Info Bencana JKM, seramai 5,327 mangsa sudah terjejas dengan 101 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan negeri.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD