iCAUR V23 EV Rasmi Dilancarkan – 2 Varian, Harga Bermula RM120k Hingga RM133k

iCAUR V23 EV Rasmi Dilancarkan – 2 Varian, Harga Bermula RM120k Hingga RM133k

iCAUR Malaysia rasmi memperkenalkan iCAUR V23, SUV elektrik off-road penuh pertama di Malaysia. Model terbaru ini berada dalam segmen C dan dibangunkan sebagai SUV EV yang menyatukan rekaan klasik 4×4 dengan teknologi moden. Saiznya 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar dan 1,845 mm tinggi, dengan jarak roda 2,735 mm yang cukup seimbang antara rupa macho dan ruang kabin yang selesa. Dengan overhang pendek serta sudut approach 42° dan departure 41°, V23 memang dibina untuk aktiviti off-road, ditambah pula ground clearance 210 mm dan kemampuan meredah air sehingga 600 mm.

Untuk pasaran Malaysia, V23 hadir dengan dua varian: 2WD dan iWD.

Varian 2WD menggunakan satu motor belakang dengan output 100 kW (136 PS) dan 180 Nm, dipadankan bateri LFP 59.9 kWh yang boleh pergi sehingga 360 km (NEDC). Ia lebih kepada pemanduan harian, smooth, dan efisien.

Varian iWD pula lebih berkuasa dual motor AWD dengan 155 kW (211 PS) dan 292 Nm, menggunakan bateri NMC 81.8 kWh yang mampu mencapai sehingga 430 km. Versi iWD ini menawarkan pecutan lebih yakin dan cengkaman lebih baik di permukaan mencabar.

Kedua-duanya menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala DC fast charging ialah 85 kW untuk 2WD dan 104 kW untuk iWD.

Model ini dibina atas rangka kukuh dengan 70% high-strength steel serta dilengkapi BMS canggih untuk kawalan suhu dan keselamatan bateri sepanjang masa. Ia juga datang standard dengan enam beg udara dan sistem ADAS Tahap 2 yang merangkumi:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)

  • Adaptive Cruise Control (ACC)

  • Traffic Jam Assist (TJA)

  • Blindspot Detection (BSD)

  • Lane Departure Prevention (LDP)

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

  • Front Collision Warning (FCW)

  • Lane Departure Warning (LDW)

  • Lane Change Warning (LCW)

  • Rear Collision Warning (RCW)

  • Door Opening Warning (DOW)

  • Drive Away Info (DAI)

Dari segi kemudahan, iCAUR V23 dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

  • 540° All View Monitor

  • TPMS

  • NFC untuk akses mudah

  • Skrin 15.4 inci + cip Snapdragon 8155

  • Android Auto & Apple CarPlay tanpa wayar

  • Sistem audio 7 pembesar suara

  • Kerusi berpenyejuk & fungsi urut

  • Ruang boot 234L (hingga 744L bila kerusi dilipat)

V23 hadir dengan rim 19-inci untuk 2WD dan 21-inci untuk iWD, mengekalkan gaya rugged moden. Pilihan warna termasuk Off Road Orange, Khaki White, Army Green, Slate Silver, Gravel Grey dan Carbon Black, semuanya dipadankan dengan interior kulit hitam.

Waranti pula merangkumi 7 tahun/150,000 km untuk kenderaan, 8 tahun/160,000 km untuk bateri & motor, serta jaminan penggantian bateri jika SOH jatuh bawah 70%.

Harga bermula RM119,800 (2WD) dan RM132,800 (iWD), dengan penghantaran sudah bermula. Untuk 1,000 pembeli terawal, iCAUR menawarkan pengecas rumah 7 kW percuma, panel instrumen tambahan 6.86 inci, serta lanjutan waranti bateri, motor dan PCU hingga 10 tahun/200,000 km. Rangkaian pusat jualan & servis juga kini hampir 20 lokasi dan akan diperluas ke Sabah & Sarawak pada awal 2026.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD