NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Wanita Berbikini Di Atas Bumbung Kereta Buat Orang Ramai Terkejut

Wanita Berbikini Di Atas Bumbung Kereta Buat Orang Ramai Terkejut

PETALING JAYA – Aksi mengejutkan seorang wanita yang berbikini di atas bumbung sebuah kereta menarik perhatian pengguna jalan raya selepas klip video berkenaan tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu dilihat membuka bajunya ketika berada di atas bumbung sebuah Proton Saga. Seorang lelaki turut kelihatan cuba memujuk wanita berkenaan supaya turun dari kereta itu.

Komen daripada netizen pula bercampur-campur. Ada yang mendakwa kejadian berlaku di Sandakan, Sabah atau Pulau Pinang, namun lokasi sebenar dan tarikh rakaman video masih tidak dapat dipastikan.

Selain itu, beberapa pengguna media sosial mendakwa wanita itu mungkin berada di bawah pengaruh alkohol atau menghadapi masalah kesihatan mental kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

“Siang-siang pun mabuk ka?,” soal Nura Hamid, manakala Roha Rohani Abd Razak menulis, “Macam kat negara omputih pulak ya. Berbikini.”

Kejadian ini sekali lagi menimbulkan perbincangan hangat dalam kalangan netizen mengenai keselamatan, adab di khalayak ramai, dan tanggungjawab individu dalam menjaga perilaku di tempat awam.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy