Aliran trafik menuju dari Balakong ke Mines pagi tadi mengalami kesesakan luar biasa selepas sebuah treler dilaporkan terbalik di lorong kanan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Besi Indah. Kejadian yang berlaku ketika hujan renyai itu menyebabkan laluan sesak selama lebih lima jam dengan kenderaan bergerak amat perlahan seawal jam 6 pagi.
Berdasarkan situasi di lokasi, lori tersebut terbalik di atas jalan raya, menghalang hampir keseluruhan dua lorong dan memaksa pemandu memperlahankan kenderaan bagi mengelak halangan tersebut. Keadaan jalan yang licin dipercayai menjadi antara punca awal insiden berkenaan.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. Pasukan bertugas mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengalihkan lori tersebut, sebelum aliran trafik mula kembali pulih secara berperingkat. Walaupun begitu, kesan kelewatan berlarutan sehingga waktu pertengahan pagi apabila jumlah kenderaan semakin bertambah.
Pihak berkuasa menasihatkan pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut untuk sentiasa berhati-hati, terutama ketika cuaca hujan yang meningkatkan risiko jalan licin dan jarak brek lebih panjang.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?