Kuala Lumpur, 10 Disember 2025 — Pasaran EV Malaysia kembali hangat apabila Stellantis Malaysia secara rasmi memperkenalkan Leapmotor B10, sebuah SUV elektrik segmen-C yang bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan teknologi tinggi pada harga mampu milik. Model ini merupakan penyertaan ketiga Leapmotor dalam arena global selepas T03 dan C10, sekaligus mengukuhkan strategi pengembangan ke lebih 20 negara menjelang akhir 2025.
B10 hadir sebagai simbol komitmen kerjasama joint venture Stellantis–Leapmotor dalam menawarkan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) berkualiti tinggi, berteknologi maju dan berharga kompetitif.
Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, menegaskan bahawa pelancaran B10 ialah detik penting dalam usaha mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia. “Dengan nilai kompetitif serta teknologi canggih, B10 memenuhi permintaan rakyat Malaysia terhadap mobiliti mampan dan pintar,” katanya.

Leapmotor B10 membawa identiti reka bentuk moden berinspirasikan era angkasa lepas. Garis pinggang “cloudtrail”, fender dengan Star Ring futuristik dan penggunaan permukaan yang bersih memberi imej elegan namun dinamik.
Bahagian hadapan dilengkapi dengan:
Lampu utama LED penuh

DRL berbentuk corak bendera berkotak
Bampar berprofil aerodinamik

Pemegang pintu jenis flush

Rintangan angin (Cd) hanya 0.265, antara terbaik dalam kelasnya.
Di bahagian sisi dan belakang, B10 tampil dengan:
Rim aloi 18 inci “Star Sports”

Lampu belakang LED penuh rekaan “Wing Star”
B10 dibina atas platform LEAP3.5 dengan teknologi Cell-to-Chassis (CTC) 2.0+, yang memberikan:
Pusat graviti lebih rendah
Agihan berat hampir sempurna 50:50
Ketegaran kilasan 36,360 Nm/deg
Ruang kabin lebih luas
Berat keseluruhan dikurangkan 20 kg
Motor elektrik seberat hanya 60 kg ini menawarkan:
218 hp (160 kW)
240 Nm
0–100 km/j dalam 8 saat
Kecekapan sehingga 94%
Bateri LFP pula disokong sistem pengurusan haba pintar AI untuk ketahanan jangka panjang.
Dengan sokongan pengecasan pantas 2.5C:
DC 30%–80% dalam <20 minit
Dua pilihan jarak gerak:
361 km WLTP (LIFE)
434 km WLTP (DESIGN)
Bateri 56.2 kWh
Max DC: 140 kW
Jarak WLTP: 361 km
Bateri 67.1 kWh
Max DC: 168 kW
Jarak WLTP: 434 km
Kedua-duanya menyokong:
Pengecasan AC 11 kW
Fungsi V2L 3.3 kW
Dimensi pula menjadikan B10 antara SUV segmen-C terbesar:
4,515 mm panjang
1,885 mm lebar
1,655 mm tinggi
170 mm kelegaan tanah

Bahagian dalaman B10 memfokuskan keselesaan dan praktikaliti. Antara ciri menarik:

Cip Qualcomm Snapdragon 8155 (7nm, memori hingga 16GB)
Skrin infotainmen 14.6 inci (Leap OS 4.0 Plus)
Kemas kini OTA tanpa had
Apple CarPlay & Android Auto (Jan 2026)
Kluster instrumen digital 8.8 inci
Kamera 360° standard
Aplikasi mudah alih untuk kawalan jauh
Kemasan daun buluh & pencahayaan ambien
Varian DESIGN dilengkapi fabrik silikon premium OEKO-Tex Standard 100
Tempat duduk hadapan dengan:
Pelarasan kuasa 6 hala (pemandu)
Pelarasan kuasa 4 hala (penumpang)
Fungsi pengudaraan
Ruang kaki luas 2,390 mm
22 ruang storan
But 430L → 1,700L apabila dilipat
Frunk 25L
Bumbung kaca panoramik dengan penutup matahari elektrik
Leapmotor B10 mencatat:
93% perlindungan orang dewasa & kanak-kanak
Penarafan keselamatan Euro NCAP 5-bintang
Dilengkapi 7 beg udara, 12 sensor dan 17 sistem ADAS Tahap 2, termasuk:
ACC, LCC, LKA, ELKA
AEB & AEBS
BSD, DOW, RCTA+RCTB
Traffic Jam Assist
Driver Drowsiness & Distraction Warning
Leapmotor B10 ditawarkan dalam dua varian:
LIFE — RM107,800
DESIGN — RM118,800
LIFE: RM99,800
DESIGN: RM109,800
Metallic Black
Light White
Tundra Grey
Dawn Purple
Starry Night Blue (warna signatur inspirasi lukisan Van Gogh)
Jaminan kenderaan: 6 tahun / 150,000 km
Jaminan bateri: 8 tahun / 160,000 km
Selang servis: 1 tahun / 20,000 km
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?