NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jepun Kembali Bergoncang, Risiko Gempa Besar Semakin Membimbangkan

Jepun Kembali Bergoncang, Risiko Gempa Besar Semakin Membimbangkan

TOKYO – Jepun kembali dikejutkan dengan satu lagi gegaran sederhana bermagnitud 5.7 yang berlaku di perairan luar pesisir Honshu, hanya dua hari selepas negara itu digoncang gempa kuat 7.5 magnitud di bahagian utara, lapor The Independent.

Kejadian terbaharu ini berlaku ketika wilayah utara dan timur Jepun berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan gempa awal pada Isnin yang menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang cedera, menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana. Gempa itu turut mencetuskan ombak tsunami setinggi 70 sentimeter di beberapa kawasan pantai.

Gegaran pada malam semalam dikesan sekitar pukul 11.15 waktu tempatan di Lautan Pasifik, kira-kira 80 kilometer dari pantai Aomori. Susulan itu, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tahap tertinggi dengan menyatakan kemungkinan berlakunya gempa bumi mega berikutan gegaran kuat sebelum ini.

Gempa bumi mega merujuk kepada kejadian seismik berskala 8 magnitud atau lebih.

Menurut JMA, kawasan berisiko meliputi kira-kira 1,300 kilometer sepanjang pesisir timur laut Jepun, bermula dari Chiba hingga ke Hokkaido.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy