Petaling Jaya – Sebuah kereta mewah jenis Mercedes dilaporkan hangus terbakar ketika sedang menjalani pandu uji di Jalan SS9A/10, di sini, pagi tadi. Insiden berkenaan turut menyebabkan kebakaran merebak ke dua buah kenderaan lain yang berada berhampiran.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 pagi.
Menurut beliau, kenderaan terbabit sedang dipandu oleh seorang pekerja bengkel berdekatan sebelum ia tiba-tiba terbakar ketika berada di tengah jalan dalam perjalanan pulang ke bengkel.
“Api daripada kereta tersebut kemudian merebak dan melibatkan dua lagi kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 9.51 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya dalam tempoh 13 minit.
Tambahnya, sebuah Perodua Myvi mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus akibat kebakaran manakala sebuah Honda Accord yang diparkir di bahu jalan mengalami kemusnahan sekitar 50 peratus.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa
Sumber: Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?