NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Belut Besar Muncul Di Pantai Hurghada, Pelancong Asing Cedera Digigit

Belut Besar Muncul Di Pantai Hurghada, Pelancong Asing Cedera Digigit

KAHERAH – Percutian seorang pelancong wanita warga Rusia bertukar cemas apabila dia cedera selepas digigit seekor belut bersaiz besar ketika sedang berenang di sebuah pantai peranginan di Mesir.

Insiden itu dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Resort Beach Albatros di Hurghada baru-baru ini dan turut tular di media sosial menerusi rakaman video orang awam.

Video berkenaan memaparkan seorang penyelamat pantai bertindak pantas menarik belut tersebut keluar dari air sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik berwarna biru, sementara pengunjung lain kelihatan panik dan menjauhkan diri dari kawasan kejadian.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan akibat kecederaan pada bahagian kaki.

Menurut laporan media tempatan, belut itu dilepaskan semula ke laut di lokasi yang jauh dari kawasan tumpuan pelancong bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Belut laut lazimnya mendiami lubang terumbu karang atau bangkai kapal dan boleh membesar sehingga antara 1.5 meter hingga 3 meter panjang.

Gigitan spesies tersebut berisiko menyebabkan keradangan serius serta jangkitan jika toksin memasuki luka, terutama jika rawatan awal tidak diberikan.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy