GENTING HIGHLANDS – Watak animasi kesayangan rakyat Malaysia, Upin & Ipin, bakal melangkah ke dimensi baharu apabila sebuah taman tema khas berteraskan siri popular itu dijadualkan dibuka di King’s Park, Genting Highlands.
Pengumuman tersebut dibuat sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, sekali gus menandakan pencapaian besar studio animasi tempatan yang bermula daripada sebuah projek kecil pada 2005 sebelum berkembang menjadi fenomena budaya.
Perjanjian kerjasama antara Les’ Copaque dan King’s Park Management Sdn Bhd telah dimeterai dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Taman tema berkenaan dijangka menawarkan pelbagai pengalaman interaktif dan tarikan imersif yang diinspirasikan daripada dunia dan kisah Upin & Ipin.
Pengarah Urusan Les’ Copaque, Datuk Burhanuddin Md Radzi, berkata pembukaan taman tema itu melambangkan satu langkah berani dalam evolusi jenama Upin & Ipin.
“Daripada sebuah impian kecil, kami terus bergerak dengan semangat dan tujuan yang jelas. Taman tema ini membuka lembaran baharu dalam usaha menghidupkan penceritaan kami serta memberi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah King’s Park Management, Darren Yang, menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu penghormatan, selain menyatakan keyakinan bahawa taman tema itu bakal menjadi destinasi keluarga bertaraf antarabangsa.
“Upin & Ipin bukan sekadar watak animasi, malah ikon budaya Malaysia. Projek ini akan menonjolkan kreativiti tempatan ke peringkat global,” ujarnya.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?