Kanak-Kanak 10 Tahun Terkorban Dalam Kemalangan Motosikal dan Lori

Kanak-Kanak 10 Tahun Terkorban Dalam Kemalangan Motosikal dan Lori

Kuala Krai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah motosikal dan lori membawa muatan tanah di Bukit Pelampong, Jalan Kampung Chenis, Pahi, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.55 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Rifqi Saidi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut maklumat awal, kanak-kanak berkenaan dipercayai terjatuh daripada motosikal yang ditunggang oleh bapa saudaranya sebelum motosikal tersebut bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Maizan Mustaffa berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menerima laporan kejadian sekitar jam 11.30 pagi melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan awal mendapati lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Jalan Utama Kota Bharu–Gua Musang menuju ke Kampung Chenis bagi menghantar muatan tanah, manakala motosikal dinaiki mangsa pula keluar dari kampung tersebut.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal berkenaan telah melanggar bahagian kanan lori yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan, manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk tujuan bedah siasat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD