OMODA | JAECOO Malaysia Eratkan Hubungan Pelanggan Menerusi Pencarian Harta Karun JAECOO J7 PHEV 2025

OMODA | JAECOO Malaysia Eratkan Hubungan Pelanggan Menerusi Pencarian Harta Karun JAECOO J7 PHEV 2025

KUALA LUMPUR, – OMODA | JAECOO Malaysia terus mengukuhkan hubungan dengan pelanggannya menerusi penganjuran Pencarian Harta Karun 2025 JAECOO J7 PHEV SHS, satu inisiatif penglibatan pelanggan berskala nasional yang turut menampilkan keupayaan sebenar kenderaan hibrid plug-in (PHEV) jenama tersebut.

Acara yang berlangsung selama beberapa hari itu merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti pemanduan jarak jauh, cabaran interaktif serta aktiviti pembinaan komuniti, sekali gus mencerminkan komitmen OMODA | JAECOO dalam menawarkan penyelesaian mobiliti inovatif dan mesra alam.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo, Sistem Hibrid Super (SHS) merupakan teras utama strategi jenama itu di pasaran tempatan.

“JAECOO J7 PHEV ialah model pertama kami yang menggunakan Sistem Hibrid Super (SHS). Ia direka untuk mengimbangi kuasa dan kecekapan secara pintar, selari dengan keperluan pelanggan yang semakin arif dan mementingkan nilai sebenar,” katanya.

Jelajah Tiga Wilayah Utama

Pencarian harta karun ini dianjurkan merentasi tiga kawasan utama di Malaysia dengan laluan dan pengalaman unik tersendiri. Jelajah kawasan Utara berlangsung pada 3 hingga 4 Disember merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perak, diikuti kawasan Tengah pada 5 hingga 6 Disember melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban. Acara kemudiannya berakhir di kawasan Selatan dari 7 hingga 8 Disember dengan laluan sekitar Johor dan Melaka.

Seramai 160 peserta dengan 77 buah SUV JAECOO J7 PHEV mengambil bahagian dalam konvoi meriah ini. Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil dan perlu menyempurnakan pelbagai tugasan di lokasi-lokasi terpilih termasuk mercu tanda popular serta pusat pengedar sah OMODA | JAECOO.

Antara cabaran yang disediakan termasuk ujian pengetahuan am, navigasi, kerja berpasukan serta penghasilan kandungan kreatif berbentuk foto dan video. Mata diberikan bagi setiap tugasan yang berjaya diselesaikan sebelum pemenang diumumkan pada penghujung setiap acara serantau.

Pengalaman Dunia Sebenar Pemilik

Acara ini turut menjadi platform untuk pemilik berkongsi pengalaman sebenar menggunakan JAECOO J7 PHEV dalam rutin harian dan perjalanan jarak jauh.

Seorang peserta dari Kuala Lumpur, Dr. Karan Nair, berkata kecekapan bahan api J7 PHEV amat mengagumkan.

“Saya berulang-alik dari Sendayan ke Lembah Klang hampir setiap hari dan hanya perlu mengisi minyak sekali seminggu,” katanya.

Sementara itu, Sasha How Kuan Yee berkongsi pengalamannya memandu dari Melaka ke Pulau Pinang untuk percutian selama tiga hari.

“Selepas kembali ke Melaka, baki jarak masih menunjukkan 100 kilometer. Proses pengecasan juga sangat mudah, hanya menggunakan soket tiga pin,” jelasnya.

Prestasi Terbukti di Peringkat Antarabangsa

Penganjuran acara pelanggan ini hadir susulan beberapa pencapaian penting JAECOO J7 PHEV di peringkat antarabangsa. Pada Oktober 2024, wakil media Malaysia bersama peserta dari enam negara lain berjaya melengkapkan pemanduan lebih 1,300 kilometer dari Guangzhou ke Wuhu, China, dengan hanya satu tangki minyak dan bateri penuh.

Model ini turut mencatat jarak pemanduan elektrik penuh sejauh 125.2 kilometer, mengatasi penarafan rasmi 106 kilometer, hasil kecekapan Sistem Hibrid Super (SHS).

Pada Januari 2025 pula, lima unit JAECOO J7 PHEV berjaya mencatat jarak maksimum 1,427.5 kilometer dalam pemanduan rentas sempadan dari Singapura ke Hatyai, Thailand, sekali gus membuktikan ketahanan dan kecekapan luar biasa model berkenaan.

Harga dan Tawaran Istimewa

Dipasanag secara tempatan di Shah Alam, JAECOO J7 PHEV ditawarkan pada harga RM158,800. Ia dikuasakan enjin turbo 1.5 liter bersama motor elektrik yang menghasilkan output gabungan 347 PS dan 525 Nm, dipadankan dengan Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT).

Sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu, OMODA | JAECOO Malaysia turut menawarkan pakej tambah nilai dengan penjimatan sehingga RM14,000 bagi pembelian sehingga 31 Disember 2025, termasuk lanjutan waranti bateri 10 tahun, pengecas kotak dinding percuma serta pakej servis terpilih.

Dengan pendekatan berfokuskan pelanggan dan teknologi tenaga baharu, OMODA | JAECOO Malaysia terus komited dalam menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan premium yang relevan dengan keperluan masa kini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD