NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Cologne Cathedral, ‘Raksasa Germany’

Cologne Cathedral, ‘Raksasa Germany’

Cologne Cathedral, ‘Raksasa Germany’ bukan sekadar mercu tanda bersejarah, malah menjadi simbol ketahanan luar biasa apabila berjaya bertahan daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua meskipun dibom sebanyak 14 kali.

Dikenali sebagai antara bangunan seni bina Gothic paling mengagumkan di Eropah, katedral ini sering diibaratkan seperti latar epik dalam filem fantasi seperti The Lord of the Rings kerana reka bentuknya yang megah dan dramatik. 

Namun, di sebalik keindahannya, tersimpan sejarah pembinaan yang amat panjang dan mencabar.

Pembinaan Cologne Cathedral bermula pada tahun 1248 dan hanya siap sepenuhnya pada 1880, menjadikan tempoh keseluruhan pembinaannya selama 632 tahun. 

Tempoh luar biasa itu bermakna beberapa generasi pembina asal tidak sempat menyaksikan hasil akhir struktur berkenaan.

Dengan ketinggian mencecah 157 meter, katedral ini pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia selama empat tahun, dari 1880 hingga 1884. 

Sehingga hari ini, ia kekal sebagai antara gereja Gothic terbesar dan paling penting di Eropah serta menjadi kebanggaan rakyat Jerman.

Ketika Perang Dunia Kedua, kawasan sekitar Cologne musnah teruk akibat serangan udara, termasuk pengeboman oleh tentera Soviet dalam usaha menewaskan rejim Adolf Hitler. 

Cologne Cathedral turut menjadi sasaran utama dan dilaporkan dibom sebanyak 14 kali.

Walaupun mengalami kerosakan, struktur utamanya tidak runtuh dan terus berdiri teguh ketika bangunan lama lain di sekitarnya musnah. 

Malah, katedral ini menjadi satu-satunya bangunan bersejarah yang masih tersisa di kawasan berkenaan selepas perang.

Terdapat teori yang menyatakan pihak bersekutu sengaja tidak memusnahkan sepenuhnya bangunan itu kerana berfungsi sebagai mercu tanda penting untuk navigasi udara. 

Dari jarak jauh, menara berkembarnya mudah dikenal pasti oleh juruterbang.

Selain nilai seni bina dan sejarah peperangan, Cologne Cathedral turut menyimpan relik berharga dikenali sebagai “Tiga Raja” (Three Kings) yang dipercayai dibawa dari Milan dan ditempatkan di dalamnya.

Hari ini, Cologne Cathedral bukan sahaja lambang keagungan seni bina Gothic, malah menjadi simbol ketahanan sejarah yang terus berdiri megah meskipun diuji peperangan.

Kalau anda mahu lebih banyak tips travel yang menarik, jangan lupa follow @terpalingtravel di TikTok!

Sumber: Terpaling Travel

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD