NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

IEA Lepaskan Rizab Minyak Strategik: 400 Juta Tong Dilepaskan Tangani Krisis Tenaga Global

IEA Lepaskan Rizab Minyak Strategik: 400 Juta Tong Dilepaskan Tangani Krisis Tenaga Global

IEA lepaskan rizab minyak strategik sebanyak 400 juta tong dari simpanan negara anggotanya dalam langkah kecemasan terbesar sejak pelepasan 182 juta tong susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, keputusan kolektif ini diambil bagi menangani lonjakan harga tenaga global yang dipicu oleh ketegangan membara di Asia Barat.

Cabaran Pasaran Minyak Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini

Pengarah Eksekutif IEA, Fatih Birol yang mengumumkan keputusan tersebut pada Rabu menegaskan bahawa situasi semasa merupakan antara krisis pasaran minyak paling serius yang pernah dihadapi dunia.

“Kita sedang berdepan cabaran pasaran minyak pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya menyambut baik kesediaan negara anggota kami yang bertindak balas secara kolektif di bawah langkah kecemasan berskala besar tersebut. Tanpa laluan yang mencukupi ke pasaran dan dengan tiada lagi ruang simpanan tersedia, pengeluar minyak di Asia Barat telah mula mengurangkan pengeluaran. Kita juga menyaksikan serangan dan kerosakan lanjut ke atas infrastruktur tenaga dan berkaitan tenaga. Operasi loji penapisan turut terganggu yang kini memberi impak besar ke atas bekalan minyak jet dan diesel,” ujar Fatih Birol, Pengarah Eksekutif IEA.

Negara-Negara Anggota Bertindak Balas Secara Kolektif

Antara negara anggota yang bersetuju dengan langkah kecemasan ini termasuk Jerman, Austria, Jepun, Britain, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Semuanya bertindak balas selepas krisis minyak mencetuskan kepanikan meluas dalam kalangan pengguna di seluruh dunia yang berpusu-pusu mendapatkan bekalan bahan api sejak hujung minggu lalu. Negara-negara anggota IEA secara keseluruhannya memiliki lebih daripada 1.2 bilion tong stok minyak kecemasan, selain 600 juta tong stok industri tambahan yang disimpan di bawah kewajipan kerajaan masing-masing.

Harga Minyak Mentah Brent Cecah Paras Tertinggi

Situasi kritikal ini turut memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga global. Harga minyak mentah penanda aras antarabangsa, Brent melonjak lebih 25 peratus sejak peperangan di Asia Barat meletus pada 28 Februari. Pada awal minggu lalu, Brent didagangkan pada AS$119 setong, kali pertama harga minyak melepasi paras AS$100 setong sejak konflik Rusia-Ukraine pada 2022.

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD