Batik Air Tawar Penerbangan Fleksibel, Diskaun Sehingga 35 Peratus

Batik Air Tawar Penerbangan Fleksibel, Diskaun Sehingga 35 Peratus

PETALING JAYA: Batik Air tawar penerbangan fleksibel dengan diskaun sehingga 35 peratus bagi tiket kelas ekonomi ke semua destinasi, sekali gus membuka peluang kepada penumpang menikmati perjalanan lebih jimat dan fleksibel.

Tawaran tambang fleksibel itu turut diperkenalkan, memberi ruang kepada pengguna untuk merancang percutian dengan lebih bebas sehingga akhir Januari tahun depan.

“Tawaran ini datang ketika ramai penumpang kini bukan sahaja mencari harga murah, tetapi juga mahukan kemudahan untuk menukar jadual perjalanan mereka jika perlu.

“Trend perjalanan masa kini menunjukkan orang ramai lebih mementingkan fleksibiliti dan keyakinan ketika merancang perjalanan,” katanya.

Kempen bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Januari tahun depan ini dibuka untuk tempahan bermula sekarang hingga 30 April, melibatkan pelbagai destinasi tumpuan seperti Sydney, Shanghai, Bali, Phuket, Colombo, Bangkok dan New Delhi.

Dalam masa sama, penumpang turut ditawarkan elaun bagasi sehingga 25 kilogram.

Melalui inisiatif ini, penumpang berpeluang memilih destinasi pilihan dengan pengalaman perjalanan yang lebih fleksibel dan terancang.

Maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih Batik Air atau laman web rasmi www.batikair.com.my. – UTUSAN

Sumber: UTUSAN Malaysia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD