Penduduk di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, di sini berdepan detik cemas apabila kira-kira 30 buah rumah musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku awal pagi tadi.
Kejadian yang memusnahkan kawasan seluas 1.4 hektar itu merupakan insiden kedua melibatkan kediaman penduduk di daerah ini dalam tempoh tidak sampai sebulan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.16 pagi.
Seramai 21 anggota bomba dikejarkan ke lokasi bagi mengawal api daripada terus merebak.
Pihak bomba terpaksa menggunakan tiga aliran air yang diperoleh daripada jentera dan pili bomba berhampiran untuk memadamkan kebakaran yang merebak pantas di kawasan perkampungan tersebut.
Hasil tindakan pantas pasukan penyelamat, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.29 pagi, sekali gus berjaya menyelamatkan lebih 100 buah rumah lain di kawasan sekitar.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.01 pagi selepas memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan bahaya di lokasi kejadian.
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam proses siasatan pihak berkuasa.
Tragedi ini mengejutkan penduduk setempat memandangkan pada 19 April lalu, Sandakan baru sahaja dikejutkan dengan kebakaran dahsyat di Kampung Bahagia yang memusnahkan 1,000 buah rumah dan menyebabkan lebih 9,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?