KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan tahap membimbangkan apabila tujuh lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dalam kategori tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.
Berdasarkan data Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan bacaan tertinggi dengan IPU sebanyak 172.
Selain Serian, enam lagi kawasan turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan dan Kuching dengan masing-masing mencatatkan 158, diikuti Sarikei (157), Sibu (155), Sri Aman (129) dan Mukah (116).
Dalam perkembangan sama, sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap baik, manakala 32 kawasan lagi berada dalam kategori sederhana.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Bacaan antara 101 hingga 200 pula dikategorikan sebagai tidak sihat. Tahap sangat tidak sihat melibatkan bacaan antara 201 hingga 300, sementara bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.
Sumber: Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?