Pelakon dan penggusti terkenal dunia, John Cena, sekali lagi mencuri perhatian peminat automotif selepas menambah sebuah lagi model Honda ke dalam koleksi peribadinya.
Bintang WWE itu sememangnya dikenali sebagai peminat tegar jenama Honda dan sering berkongsi minatnya terhadap model-model prestasi keluaran pengeluar Jepun tersebut.
Terbaharu, John Cena mendedahkan beliau berjaya membawa pulang sebuah Honda Prelude serba baharu ketika menghantar kereta hariannya, Honda Civic Type R FL5, untuk diservis.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh John Cena menerusi media sosial miliknya.
Menurut beliau, kunjungan ke pusat servis Honda bertukar menjadi sesuatu yang lebih istimewa apabila berjaya mendapatkan Honda Prelude baharu berwarna Boost Blue.
“Hantar Civic Type R untuk servis dan cukup bertuah kerana dapat mengambil Honda Prelude yang serba baharu.
“Terima kasih Wesley Chapel Honda kerana membantu menambah si cantik ‘Boost Blue’ ini ke dalam koleksi Honda saya. Masa untuk tengok apa kehebatan kereta ini,” tulisnya.
Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian peminat Honda dan automotif di seluruh dunia, terutama kerana John Cena memang terkenal sebagai antara selebriti yang sangat setia dengan jenama itu.
Minat John Cena terhadap Honda bukanlah perkara baharu.
Pada tahun 2023, beliau pernah mendedahkan bahawa kereta harian yang digunakan ialah sebuah Honda Civic Type R FK8.
Kemudian pada 2024, Cena mengambil keputusan untuk menukar model tersebut kepada generasi lebih baharu iaitu Honda Civic Type R FL5, yang kini dianggap antara hot hatch paling popular di dunia.
FL5 menerima pujian ramai kerana menawarkan kombinasi prestasi, pengendalian dan rekaan lebih matang berbanding generasi sebelumnya.
Kehadiran Honda Prelude dalam koleksi John Cena turut menghangatkan lagi perhatian terhadap model ikonik tersebut.
Honda Prelude sebelum ini cukup popular sekitar era 1980-an hingga awal 2000-an sebelum dihentikan pengeluarannya.
Namun Honda kini membawa semula nama Prelude menerusi model baharu berteknologi hibrid yang lebih moden dan sporty.
Model tersebut dijangka menjadi antara produk penting Honda dalam era elektrifikasi tanpa mengorbankan elemen pemanduan menyeronokkan yang sinonim dengan Prelude.
Menariknya, hubungan John Cena dengan Honda Prelude sebenarnya sudah bermula lebih awal.
Pada November 2025 lalu, beliau turut terlibat sebagai suara latar dalam kempen iklan rasmi Honda Prelude hibrid bertajuk “Engineered for Fun”.
Kempen tersebut memfokuskan kepada pengalaman pemanduan sporty dan keseronokan yang masih dikekalkan walaupun model itu menggunakan teknologi hibrid.
Penglibatan Cena dalam kempen berkenaan sekali lagi menunjukkan hubungan rapat antara beliau dan jenama Honda.
Walaupun ramai selebriti Hollywood memilih supercar Eropah bernilai jutaan ringgit, John Cena dilihat lebih cenderung kepada kereta Jepun berprestasi tinggi yang praktikal untuk kegunaan harian.
Sikapnya itu turut mendapat pujian peminat automotif kerana beliau dianggap benar-benar menghargai pengalaman pemanduan, bukan sekadar mengejar status atau harga mahal sesebuah kereta.
Dengan penambahan Honda Prelude baharu ini, koleksi Honda milik John Cena kini semakin menarik perhatian peminat kereta seluruh dunia.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?