Pempengaruh automotif dan pencipta kandungan, Muhamad Anas Abdullah atau lebih dikenali sebagai Nazz Abdullah, kini menerima rawatan di hospital selepas mengalami sakit kepala yang sangat teruk sejak pagi Sabtu.
Keadaan yang dialaminya digambarkan sebagai Severe Thunderclap Brain Headache, iaitu sakit kepala yang berlaku secara mendadak dan sangat kuat.
Pihak hospital telah menjalankan beberapa pemeriksaan bagi meneliti keadaan otak Nazz, termasuk imbasan CT, MRI serta pemeriksaan menggunakan suntikan bahan kontras.
Bagaimanapun, keadaan ketika ini setelah pemeriksaan dibuat masih belum menemukan sebarang tanda pendarahan otak atau punca khusus yang menjelaskan keadaan tersebut.
Situasi ini membuatkan kami pihak NAZZ&CO Media untuk memohon doa daripada pengikut dan peminat agar Nazz diberikan kesembuhan serta dapat melalui tempoh rawatan ini dengan baik.
Dalam masa sama, kami meminta untuk memahami sekiranya Nazz tidak dapat muncul dalam video atau kandungan di mana-mana platform buat sementara waktu, bagi membolehkannya berehat dan memberikan tumpuan kepada kesihatan.
Walaupun Nazz perlu berehat buat sementara waktu, kami dari team NAZZ&CO Media akan meneruskan penerbitan kandungan seperti biasa. Saya Alym Asri, Steven dan rakan sekerja lain akan terus menyampaikan informasi serta berita automotif dan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa.
Buat para peminat dan pengikut kami berharap agar dapat memberikan ruang kepada Nazz untuk menjalani rawatan, selain menitipkan doa agar keadaan kesihatannya bertambah baik.
Setakat maklumat yang dikongsikan, punca sebenar sakit kepala teruk yang dialaminya masih belum dikenal pasti.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?