NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sejarah Berulang, BYD ATTO 3 2026 Raih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Sejarah Berulang, BYD ATTO 3 2026 Raih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

KUALA LUMPUR – BYD Sime Motors mencatatkan pencapaian luar biasa apabila model terbaharu mereka, BYD ATTO 3 2026, berjaya meraih lebih 1,000 unit tempahan dalam tempoh hanya sepuluh hari selepas dilancarkan pada 5 Jun lalu.

Kejayaan ini menyaksikan sejarah pasaran automotif tempatan berulang kembali, menyamai rekod pengenalan model generasi pertama pada tahun 2022 dalam tempoh masa yang sama.

Momentum padu ini sekali gus mengukuhkan status jentera tersebut sebagai EV paling laris di Malaysia dengan rekod serahan melebihi 12,000 unit setakat ini.

Pengenalan model kemas kini ini menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkannya sewaktu acara Sime Motors MotorExpo 2026.

Bertepatan dengan slogan “Faster, Further, Smarter,” varian premium jentera ini kini menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan keupayaan memecut 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat, jarak pemanduan sejauh 600 km, serta pengecasan pantas sehingga 220 kW.

Menyentuh mengenai sambutan hangat ini, Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, “Hari ini pemandu semakin mencari kenderaan yang menggabungkan teknologi, kemudahan, dan kebolehgunaan harian, dan BYD ATTO 3 2026 memenuhi keperluan ini. Permulaan yang kukuh ini mengesahkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam landskap EV Malaysia.”

Bagi meraikan kejayaan ini, BYD Sime Motors telah mengadakan majlis penyerahan khas bagi meraikan pelanggan bertuah yang membuat tempahan yang ke-1,000 di cawangan BYD Bandar Utama.

Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran Malaysia Sime Motors, Vi Thim Juan turut menambah, “BYD ATTO 3 telah menarik perhatian pemandu Malaysia, dan kami teruja untuk mengekalkan momentum ini. Kami menjemput semua orang untuk mengunjungi bilik pameran sah kami di seluruh negara.”

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy