Korea Selatan, terutamanya bandar raya Seoul, kekal menjadi antara destinasi percutian impian bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Ditambah pula dengan limpahan trend K-Drama dan pengaruh media sosial, setiap sudut bandar ini kelihatan begitu sempurna dan wajib dikunjungi.
Namun, adakah semua tempat yang tular itu benar-benar berbaloi untuk masa dan tenaga anda atau indah khabar dari rupa?
Sebagai pelancong bijak, kita perlu tahu membezakan antara kawasan yang menguntungkan dengan kawasan yang sekadar tourist trap. Berpandukan perkongsian pengalaman pengembara di media sosial, mari kita rungkai realiti sebenar empat kawasan popular di Seoul ini.

SEOUL, SOUTH KOREA – FEBRUARY 14, 2013: Crowds enjoy the Myeong-Dong district nightlife in Seoul.
Myeongdong sering diletakkan sebagai lokasi wajib pertama dalam kebanyakan pakej pelancongan. Namun, tujuan utama anda ke sini perlulah jelas.
Myeongdong adalah syurga sebenar jika anda mahu memborong produk penjagaan kulit. Kawasan ini dipenuhi kedai kecantikan yang menawarkan persaingan harga yang sengit.
Anda disarankan ke sini hanya jika mempunyai masa terluang untuk masuk dari satu kedai ke satu kedai bagi membandingkan harga.
Tetapi, jika niat anda ke Myeongdong adalah untuk mencari port bergambar yang estetik, lupakan sahaja. Landskapnya yang padat dan komersial tidak menawarkan elemen visual yang menarik untuk media sosial anda.

Terkenal sebagai kawasan universiti, Hongdae sentiasa memancarkan tenaga muda yang luar biasa, terutamanya pada waktu malam.
Kawasan ini sangat disyorkan jika anda meminati gaya pakaian yang sedikit ‘gelap’, berkonsepkan streetwear, atau fesyen alternatif.
Kepelbagaian kedai pakaian, persembahan jalanan (busking), dan kafe menjadikannya sangat seronok untuk diterokai.
Sisi negatif Hongdae adalah tahap kesesakannya yang amat teruk.
Lautan manusia boleh membuatkan anda berasa rimas dan cepat penat jika tidak biasa dengan persekitaran yang padat.

Nama Gangnam sememangnya gah di seluruh dunia, tetapi adakah suasananya seindah lagunya?
Gangnam adalah destinasi premium sekiranya tujuan utama anda ke Korea adalah untuk mendapatkan rawatan kulit profesional di klinik-klinik estetik bertaraf dunia.
Jika anda sekadar berjalan-jalan tanpa tujuan rawatan, aktiviti yang ditawarkan di sini agak hambar.
Tips terbaik, anda boleh beralih ke kawasan Apgujeong yang terletak berhampiran untuk mencari aktiviti atau lokasi santai yang jauh lebih menarik dan menyeronokkan.

Seongsu kini diangkat sebagai salah satu daerah paling terkini dan kerap menjadi tumpuan golongan lokal serta pelancong yang mahukan kelainan.
Seongsu sangat terkenal dengan keunikan kafe-kafe hipster serta pelbagai acara pop-up daripada jenama-jenama terkenal dunia.
Ia adalah lubuk terbaik untuk membeli-belah dan melayan suasana estetik.
Oleh sebab tempat ini terlalu popular, jumlah pengunjungnya adalah sangat luar biasa.
Bagi anda yang tidak selesa atau cepat rimas dengan kehadiran orang ramai yang terlalu padat, pastikan anda merancang lawatan pada hari bekerja dan elakkan hujung minggu sama sekali.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?