Bila nak beli kereta, ramai akan fokus pada kuasa enjin, reka bentuk, rim besar atau saiz skrin infotainment. Tapi hakikatnya, ada beberapa ciri yang nampak biasa sahaja sebenarnya memberi impak besar dalam penggunaan harian.
Daripada memudahkan parkir hinggalah mengurangkan keletihan ketika memandu, berikut ialah lima ciri yang ramai tak sedar sangat berguna. Sekali dah biasa guna, memang susah nak kembali kepada kereta yang tak ada ciri-ciri ini.

Ventilated Seat Proton e.MAS 7
Malaysia memang terkenal dengan cuaca panas dan lembap hampir sepanjang tahun. Sebab itu, ventilated seat menjadi antara ciri yang paling dihargai oleh pemilik kereta.
Kerusi ini dilengkapi kipas kecil yang meniup udara melalui permukaan tempat duduk bagi mengurangkan rasa panas dan berpeluh, terutama selepas kereta diparkir di bawah matahari.
Kenapa berguna?
Contoh model:

Ramai sangka kamera 360° hanya sesuai untuk pemandu baharu. Hakikatnya, pemandu berpengalaman pun sangat menghargai ciri ini, terutama ketika parkir di pusat beli-belah atau melalui lorong yang sempit.
Paparan sekeliling kenderaan membantu pemandu melihat objek yang sukar dikesan melalui cermin sisi atau cermin pandang belakang.
Kenapa berguna?
Contoh model:

Kalau korang selalu memandu di lebuh raya, ciri ini memang boleh mengurangkan rasa penat.
Adaptive Cruise Control (ACC) bukan sahaja mengekalkan kelajuan yang ditetapkan, malah kereta akan memperlahankan atau mempercepatkan kelajuan secara automatik mengikut trafik di hadapan tanpa perlu sentiasa menekan pedal minyak.
Kenapa berguna?
Contoh model:

Skrin infotainment yang besar memang nampak menarik, tetapi fungsi yang lebih penting ialah Apple CarPlay dan Android Auto.
Kedua-dua sistem ini membolehkan telefon pintar disambungkan terus ke skrin kereta untuk menggunakan Google Maps, Waze, Spotify, WhatsApp serta membuat panggilan tanpa perlu memegang telefon.
Kenapa berguna?
Contoh model:

Auto Hold mungkin nampak seperti ciri kecil, tetapi ramai pemilik kereta menganggapnya antara fungsi yang paling berguna selepas menggunakannya.
Apabila berhenti di lampu isyarat atau ketika kesesakan lalu lintas, sistem ini akan menahan brek secara automatik tanpa perlu kaki terus menekan pedal brek. Tekan semula pedal minyak dan kereta akan bergerak seperti biasa.
Kenapa berguna?
Contoh model:
Ciri yang paling berguna dalam sesebuah kereta tidak semestinya yang paling mahal atau paling canggih.
Kadang-kadang, fungsi seperti ventilated seat, kamera 360°, Adaptive Cruise Control, Apple CarPlay & Android Auto serta Auto Hold inilah yang benar-benar memudahkan kehidupan seharian dan menjadikan pengalaman pemanduan lebih selesa.
Jadi, kalau korang sedang mencari kereta baharu, jangan hanya tengok reka bentuk atau angka kuasa enjin semata-mata.
Cuba semak juga sama ada model pilihan korang mempunyai ciri-ciri ini. Mungkin sekarang nampak macam optional, tapi sekali dah biasa guna… memang susah nak kembali kepada kereta yang tak ada.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?