BATU KAWAN – Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak oleh seorang individu bertopeng ketika sedang berjalan menuju ke keretanya dalam satu kejadian di kawasan komersial Sri Tambun, Simpang Ampat pada Isnin.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa baru sahaja membeli telur di sebuah premis berhampiran selepas selesai melakukan aktiviti senaman.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa dipercayai terkena satu das tembakan pada bahagian tangan kanan.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut maklumat awal, mangsa dipercayai mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Dennis Lim Kwang Keng mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi media.
Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Jay January Siowou dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?