Warga ibu kota dan pengunjung yang merancang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal.
Ini kerana beberapa jalan utama di sekitar kawasan Dataran Merdeka akan ditutup secara berperingkat dari 21 hingga 27 Julai sempena penganjuran Citrawarna 2026.
Untuk makluman, Citrawarna merupakan antara acara kebudayaan terbesar di Malaysia dan dianjurkan sebagai sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2026.
Acara ini akan berlangsung di Dataran Merdeka dari 24 hingga 26 Julai, dengan menampilkan kepelbagaian seni, budaya, warisan dan makanan Malaysia.
Selain persembahan serta pameran, acara ini turut akan dimeriahkan dengan perarakan Colours of Parade.

Penutupan jalan utama yang paling lama akan melibatkan Jalan Raja, iaitu jalan yang terletak betul-betul di hadapan Dataran Merdeka.
Jalan tersebut akan ditutup sepenuhnya bermula jam 12 tengah hari pada Selasa, 21 Julai, sehingga jam 5 pagi pada Isnin, 27 Julai.
Penutupan dalam tempoh yang panjang ini diperlukan bagi membolehkan pihak penganjur menjalankan kerja-kerja persiapan, pemasangan infrastruktur serta operasi acara dengan lebih selamat dan lancar.

Selain Jalan Raja, beberapa lagi jalan utama akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara kemuncak Citrawarna 2026, iaitu perarakan Colours of Parade.
Bagi sesi raptai, penutupan jalan akan dilaksanakan pada Jumaat, 24 Julai, bermula jam 9 malam hingga 2 pagi.
Sementara itu, bagi perarakan utama pada Sabtu, 25 Julai, penutupan jalan akan bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam.
Antara laluan yang dijangka terjejas termasuk:
Bagaimanapun, lorong kecemasan akan kekal dibuka dan boleh digunakan sepanjang tempoh penutupan jalan berlangsung.
Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan-kawasan terlibat dalam tempoh yang dinyatakan dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.

Sekiranya anda merancang untuk ke Dataran Merdeka atau kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, menggunakan pengangkutan awam mungkin menjadi pilihan paling mudah sepanjang tempoh acara berlangsung.
Bagi mereka yang masih perlu memandu, pastikan perjalanan dirancang lebih awal dan patuhi arahan lencongan lalu lintas yang disediakan.
Anda juga disarankan supaya memperuntukkan masa perjalanan tambahan bagi menghadapi kemungkinan kesesakan di sekitar kawasan yang terjejas.

Dalam usaha memudahkan pergerakan pengunjung, Grab turut menawarkan baucar e-hailing bernilai RM3 sepanjang penganjuran acara.
Tawaran ini terhad kepada 1,000 pengguna pertama setiap hari dan akan berlangsung dari 24 hingga 26 Julai.
Secara keseluruhannya, sebanyak 3,000 baucar dengan nilai terkumpul RM9,000 telah disediakan.
Kod promosi serta maklumat lanjut mengenai cara penebusan akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi pihak penganjur.
Jadi, sekiranya anda mempunyai urusan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur antara 21 hingga 27 Julai, pastikan perjalanan dirancang lebih awal bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan yang teruk.
Dengan mengambil kira penutupan jalan serta menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam, perjalanan anda boleh menjadi lebih lancar sepanjang tempoh penganjuran Citrawarna 2026.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?