SHAH ALAM: Perkhidmatan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) mengalami gangguan kira-kira 30 minit pagi tadi selepas seorang lelaki dipercayai menceroboh kawasan landasan berhampiran Stesen Jalan Meru, Klang.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebaik insiden dikesan, petugas operasi bersama anggota Polis Bantuan bertindak pantas mengesan dan menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Klang bagi membantu siasatan.
Menurut Rapid KL, bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan, tren dihentikan sementara di antara Stesen Jalan Meru dan Stesen Jambatan Kota selama kira-kira 30 minit.
Langkah itu diambil bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dilakukan sebelum operasi disambung semula seperti biasa.
Rapid KL turut memaklumkan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan berhubung kejadian tersebut.
Dalam masa sama, syarikat pengendali itu memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat gangguan sementara berkenaan serta menegaskan bahawa keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Rapid KL turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menceroboh kawasan landasan kerana tindakan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengundang risiko kemalangan yang serius.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya segera memaklumkan kepada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan sekiranya mengesan sebarang perlakuan mencurigakan di kawasan stesen atau landasan bagi memastikan keselamatan semua pengguna perkhidmatan rel.
@placesmalaysia LRT3 Shah Alam Line Is Now Open! 🚆🎉 . 📌 The long-awaited LRT3 Shah Alam Line is officially open, connecting Johan Setia and Bandar Utama with 20 stations across Klang, Shah Alam and Petaling Jaya. 🙌 🚉 The line also connects with the Kelana Jaya LRT Line, Kajang MRT Line and KTM Port Klang Line, making travel across the Klang Valley even more convenient. 🚌 Selected stations also offer Rapid KL BRT connections, and rides on the LRT3 line are FREE throughout July 2026. 🎉 . 【 LRT3 Shah Alam Line 】 🚆 20 Stations 📍 From Johan Setia to Bandar Utama 🎟️ FREE rides until 31 July 2026 . @Rapid KL #PlacesMalaysia #LRT3 #RapidKL #ShahAlam #PublicTransport
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?