Pernah tak anda tempah penginapan melalui Agoda atau Booking.com dengan anggapan ia sebuah hotel, tetapi apabila tiba di lokasi, anda diminta mengambil kunci daripada peti berkunci (lockbox), menghubungi hos melalui WhatsApp, atau membuat daftar masuk sendiri?
Sebelum ini, kami ada ulaskan tentang perbezaan di antara hotel, serviced apartment dan serviced residence. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, klik link ini.
Untuk kali ini, kami akan ulaskan cara untuk mengenalpasti sebelum anda membuat tempahan.
Situasi seperti ini sebenarnya semakin biasa berlaku.
Ramai pelancong tidak sedar bahawa platform seperti Agoda, Booking.com dan Expedia bukan hanya memaparkan hotel.
Sebaliknya, ia turut menawarkan serviced apartment, serviced residence, homestay, vila dan pelbagai jenis penginapan lain.
Akibatnya, ramai yang hanya melihat harga dan gambar tanpa menyedari bahawa pengalaman menginap boleh berbeza sama sekali.
Jadi, bagaimana cara paling mudah untuk mengenal pasti jenis penginapan sebelum membuat tempahan?
Kesilapan paling biasa ialah melihat nama penginapan tanpa membaca kategorinya.
Sebagai contoh, nama seperti:
kedengaran seperti hotel.
Namun, kebanyakannya sebenarnya ialah serviced apartment atau serviced residence.
Di Agoda dan Booking.com, maklumat ini biasanya dipaparkan berhampiran nama penginapan. Jika tertera “Apartment”, “Serviced Apartment”, “Holiday Home” atau “Homestay”, jangan mengharapkan pengalaman yang sama seperti hotel.
Tip: Jangan bergantung pada nama bangunan sahaja. Sentiasa lihat label kategori yang diberikan oleh platform tempahan.
Ini ialah petunjuk paling mudah tetapi sering diabaikan.
Jika nama penginapan dipaparkan seperti:
kemungkinan besar unit tersebut diuruskan oleh pemilik individu atau syarikat pengurusan kecil, bukannya hotel.
Sebaliknya, jika nama yang tertera ialah jenama seperti Hilton, Marriott, ibis, Ascott atau Citadines, anda biasanya akan menerima perkhidmatan yang lebih standard dan konsisten.
Ramai hanya melihat waktu daftar masuk.
Sebenarnya, cara daftar masuk boleh memberi petunjuk yang jelas.
Jika terdapat ayat seperti:
itu biasanya menunjukkan penginapan tersebut diuruskan secara persendirian.
Sebaliknya, jika dinyatakan:
anda berkemungkinan besar sedang menempah hotel atau serviced residence yang dikendalikan secara profesional.
Kemudahan juga boleh membantu anda mengenal pasti jenis penginapan.
Serviced apartment lazimnya menawarkan:
Hotel pula lebih menonjolkan:
Jika anda nampak unit lengkap seperti sebuah rumah, besar kemungkinan ia bukan hotel.
Ini antara perkara yang paling mengelirukan.
Banyak serviced apartment menggunakan lobi yang sangat mewah.
Ada yang kelihatan seperti hotel lima bintang.
Namun, bangunan tersebut sebenarnya ialah kondominium atau serviced apartment yang mempunyai ratusan unit milik individu.
Maksudnya, kemudahan bangunan mungkin sama, tetapi pengalaman menginap bergantung kepada hos yang menguruskan unit anda.
Dua tetamu yang menginap di bangunan sama boleh mendapat pengalaman yang berbeza kerana mereka menempah unit daripada hos yang berlainan.
Ramai hanya melihat skor 8.9 atau 9.2.
Apa yang lebih penting ialah kandungan ulasan.
Cari perkataan seperti:
Daripada ulasan inilah anda akan mengetahui sama ada penginapan tersebut benar-benar beroperasi seperti hotel atau lebih menyerupai Airbnb.
Ini tip yang ramai tak tahu.
Sebelum membuat tempahan, salin nama penginapan dan cari di Google.
Contohnya:
Ceylonz Suites
Jika hasil carian menunjukkan:
ini menunjukkan bangunan tersebut mempunyai banyak hos yang menyewakan unit masing-masing.
Sebaliknya, jika hanya muncul satu operator rasmi seperti Hilton Kuala Lumpur atau Ascott Kuala Lumpur, anda hampir pasti menempah hotel atau serviced residence yang diuruskan oleh satu pihak.
Hotel biasanya mempunyai prosedur yang ringkas.
Keluar dari bilik, pulangkan kad akses dan selesai.
Serviced apartment pula kadangkala mempunyai arahan tambahan seperti:
Tidak semua hos menetapkan syarat ini, tetapi ia lebih lazim ditemui pada penginapan yang diuruskan secara persendirian.
Memahami jenis penginapan membantu anda menetapkan jangkaan yang betul.
Jika anda mahukan servis seperti hotel, jangan kecewa apabila unit serviced apartment tidak menyediakan housekeeping harian.
Sebaliknya, jika anda bercuti bersama keluarga selama seminggu, serviced apartment mungkin jauh lebih praktikal kerana mempunyai dapur, mesin basuh dan ruang yang lebih luas.
Tiada satu pilihan yang sentiasa lebih baik. Yang penting ialah memilih penginapan yang sepadan dengan tujuan perjalanan anda.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh