NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bagaimana TOYOTA Bermula Menjadi Pembuat Kereta

Bagaimana TOYOTA Bermula Menjadi Pembuat Kereta

Hasil nukilan daripada seorang influencer Malaysia yang telah menetap di Jepun selama 6 tahun, iaitu Zunita Ramli
https://web.facebook.com/zunita.ramli01

Zunita Ramli diterangkan bagaimana automatic loom Toyoda beroperasi.

Bila bercakap pasal Toyota, mesti kita terbayang kereta. Tapi mungkin ramai tak tahu Toyota sebenarnya ada banyak cabang bisnes lain termasuk perumahan, bioteknologi dan sebagainya dan ia bermula dengan industri tekstil.

Jadi macam mana Toyota boleh masuk bidang automotif?

Prototype kereta Toyota yang pertama – Toyota AA yang siap pada May 1935.

Pada tahun 1933, pengasas Toyota iaitu Kiichiro Toyoda buat satu divisyen baru dalam syarikat tekstil ayah dia, Toyoda Automatic Loom Works, iaitu divisyen automotif. Pelik kan, kenapa buat divisyen automotif dalam syarikat tekstil? Macam tak ada kaitan lansung.

Sebenarnya masa tu persaingan dalam industri tekstil sangat sengit. Jadi nak jamin kelansungan syarikat ayahnya, dia nak teroka bidang baru. Kiichiro jangkakan kereta penumpang (pessenger car) ada potensi besar untuk masa depan.

kapas yang dipintal untuk menjadi benang

Masalah seterusnya — macam mana nak buat kereta?

Masa tu, mereka tak ada teknologi dan kepakaran untuk buat kereta. Cuma yang ada adalah keinginan yang tinggi untuk hasilkan kereta sendiri. Jadi, mereka perlu belajar untuk buat kereta — from scratch.

Untuk itu, Kiichiro jual paten mesin tenun syarikat dia (Type G) di Eropah, kemudian dia beli satu kereta Chevrolet. Dia kemudiannya buka kereta tu satu per satu (dismantle) untuk belajar pasal kereta termasuk cara pasang, komponen dan sebagainya. Gila!

Logo awal yang masih menggunakan istilah “Toyoda”

Dalam masa 3 tahun, lepas banyak kajian, try and error apa semua, pada tahun 1936 mereka berjaya hasilkan kereta pertama Toyota iaitu Toyota Model AA dari stratch, bermakna dari sekecil-kecil skru mereka buat.

Fast forward sekarang ni, lepas lebih kurang 80 tahun penubuhannya, Toyota Motor Corporation disenaraikan sebagai pengeluar kereta kedua terbesar di dunia dan juga merupakan syarikat pertama yang berjaya keluarkan 10 juta kereta dalam masa setahun.

Hebat kan?

Apa pun, banyak sangat benda yang saya belajar pasal Toyota ni. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut pasal sejarah Toyota, boleh datang sendiri dekat muzium Toyota iaitu Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology di Aichi. Bangunan muzium ni pun sebenarnya adalah bekas kilang Toyota dulu tau. Besttt!

Sungguh, bukan mudah untuk berjaya.

Saya team Toyota.

Tiber.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
  1. […] tiada driving characteristic yang unik, performance alaahaii.. Setakat akak-akak control cun macam Zunita Ramli boleh la pakai.. kan..? Haha.. […]

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy