passionately driven

Honda Civic FE (2022), Generasi ke-11 Sudah Tiba di Malaysia!

 

Dengar je nama “Honda Civic” pasti kita akan terfikir sebuah sedan yang sporty dengan reka bentuknya sentiasa agresif. Tapi konsep yang dah lama melekat pada nama Civic ni sangat berbeza pada model Civic yang kali ni, yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas, pada 13 January 2022.

Berbeza dengan generasinya yang terdahulu iaitu Civic generasi ke-10 (FC), generasi ke-11 kali ni pada saya reka bentuknya nampak lebih relaks, lebih kearah matang dan tidak ada garisan-garisan atau bentuk-bentuk yang bergeometri ekstrem seperti Civic FC. Cuma satu perkara yang saya tak boleh terlepas untuk perkatakan, adalah sport rim yang dikenakan, sangat cantik ala-ala aftermarket rim yang dapat menyelamatkan bentuk keseluruhan FE ni.

Situasi Civic sporty kepada relaks ni seolah-olah berulang sekali lagi, pernah berlaku sewaktu pertukaran antara generasi ke-8 (FD) kepada generasi ke-9 (FB), yang mana Civic FD begitu berjaya dan diminati mamat-mamat kereta pada era-nya dengan bentuknya yang begitu sporty, yang kemudiannya digantikan dengan Civic FB yang nampak lebih sederhana dan ramai yang katakan kurang sporty.

Interior Dalaman: Daripada segi dalaman, Civic FE 2022 kali ni juga amat berbeza konsepnya, bagi saya tidak ada lagi DNA Honda Civic yang selama ini tertanam dalam minda para peminatnya sejak berbelas tahun lepas, iaitu interior Civic pastinya nampak ‘futuristic’. Namun saya sebenar agak gemar pada interior dalaman Civic FE kali ni yang mana ianya nampak lebih kearah ‘continental car’, pada saya nampak lebih tenang dan design-nya akan tahan lebih lama.

Dari pengalaman saya memandu ratusan jenis kereta setiap tahun, dan pengalaman saya sendiri memiliki sebuah Civic FC (2018), saya boleh katakan ada ‘improvement’ yang agak ketara daripada segi ruang dalaman. Bahan binaan yang digunakan terasa lebih berkualiti, dan pemasangan nya juga terasa lebih ‘fit’ dan lebih teliti.

Ruang Kargo: Boot space untuk Civic kali ni agak lebih kecil sedikit berbanding Civic sebelumnya, iaitu sebesar 475 liter namun ia didatangkan dengan seat belakang yang boleh dilipat secara 60:40 split untuk menjadikan ruang kargonya lebih luas.

Enjin: Honda Civic FE (2022) kali ni didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC VTEC TURBO untuk kesemua 3 variasinya, iaitu E, V dan RS. Bermaksud enjin 1.8L N/A yang sebelum ini sudah tiada lagi, dan ini juga bermaksud buat pertama kalinya Honda CIVIC menggunakan 1 jenis engine sahaja untuk kesemua variantnya, yup.. juga untuk RS. Jika Honda CITY versi RS menggunakan engine Hybrid (berlainan daripada E & V), tapi tidak untuk CIVIC versi RS.

Engine yang sama daripada CIVIC FC ini telah diberikan talaan yang lebih tinggi lagi dan ia mampu meghasilkan 182PS & 230Nm torque. Top speed kereta ni dikatakan mampu pecut sepantas 200km/h dan 0-100km/h menggambil masa sekitar 8.3 saat. Namun enjin 1.5L Turbo tersebut masih lagi dipacu oleh gearbox yang sama, iaitu CVT.

Safety: Ini juga kali pertama Civic menerima sistem keselamatan 9 ciri ‘Honda Sensing’ secara standard untuk kesemua variant, tak kira sama ada E, V mahupun RS. Antara ciri Honda Sensing yang ada pada Civic FE ini adalah Lane Departure Warning, Road Departure Mitigation, Lane Keep Assist System, Foward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Auto High Beam, Adaptive Cruise Control, Low Speed Follow dan Lead Car Departure Notification System.

Selain daripada ‘Honda Sensing’ tersebut, banyak lagi ciri keselamatan lain yang diberikan seperti 6-airbag, VSA, ABS, EBD, ABH, HSA, ESS, Honda Lane Watch Camera dan banyak lagi secara standard untuk kesemua variant.

Harga: Ada kenaikan yang agak ketara juga daripada segi harga, iaitu:
1.5L Turbo E – RM125,634.64
1.5L Turbo V – RM138,043.36
1.5L Turbo RS – RM144,350.09

Rumusan: Walaupun dengan kenaikan harga yang agak ketara, namun bagi saya Honda Civic kali ni masih lagi menjadi sebuah sedan C-segment paling sempurna & lengkap. Jika dibandingkan dengan Mazda 3, ya, Civic jauh lebih luas & lega untuk kegunaan berkeluarga, jika dibandingkan dengan Toyota Corolla Altis, Civic mempunyai enjin yang jauh lebih berkuasa, malah saya boleh katakan, Civic masih lagi salah satu model kereta jepun yang paling berkuasa untuk ratio saiz dan beratnya.

Untuk pandangan yang mendalam anda boleh tonton video pandang pertama saya bersama Honda Civic versi terbaru ni, iaitu episod pertama di bawah ni.

Gallery

  1. […] Golf R-Line yang sudah tidak jauh dibandingkan dengan Honda Civic 2022 masih menggunakan enjin 1.4L TSI Turbocharged 4 silinder, dipacukan oleh 2 roda tayar hadapan […]

  2. […] pengecualian cukai SST hingga Jun 2022.Harga Golf R-Line yang sudah tidak jauh dibandingkan dengan Honda Civic 2022 masih menggunakan enjin 1.4L TSI Turbocharged 4 silinder, dipacukan oleh 2 roda tayar hadapan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilih Jenama Kereta

© 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD