passionately driven

Kia Carnival 2022 – 11 Penumpang / 1 Team Bola Sepak!

Melihat segmen MPV yang kembali meriah selepas era suram, KIA kali ini memperkenalkan sebuah MPV terkemuka mereka dengan generasi serba baharu, dan kini ia datang dengan 11 tempat duduk!

Saya tahu pasti anda memikirkan, siapa yang perlu hingga 11 seater? Baik kita lihat daripada perspektif ini.

Kebanyakan MPV adalah 7 tempat duduk, namun sekiranya ada bagasi dan beg-beg yang perlu diisi dibelakang, anda harus korban 2 tempat duduk dibelakang. Jadi Hanya ada 5 tempat duduk sahaja yang tinggal. Jadi idea KIA ini dengan perkenalkan 11 tempat duduk, sekiranya ada barang yang banyak perlu diisi, 2 (+1) seat belakang itu boleh dibaringkan dan masih ada lagi 6 (+2) tempat duduk. Genuis kan?

Namun info yang saya terima versi 11 seater KIA Carnival ini hanyalah untuk unit CBU (fully imported) sekarang. Dikatakan KIA akan membina Carnival ini secara CKD (pemasangan tempatan) dan ia nanti akan menjadi hanya 8 tempat duduk. Tapi masih juga menang bagi saya kerana dengan 8 tempat duduk ini anda akan mendapat ruang boot yang lebih besar, kerana Carnival ini merupakan sebuah MPV yang panjang.

Kita beralih kepada aspek lain. Apa yang saya suka dengan MPV ini adalah daripada kemasan dalamannya yang agak kelihatan mewah, material yang digunakan malah ia didatangkan dengan fungsi-fungsi yang terkini seperti sambungan Apple carplay dan android auto, wireless charging, Paddle Shifter, Smart Power Sliding Door, Smart Power Tailgate dan beberapa lagi.

Dari segi ruang, tidak lah begitu luas dan selesa, namun cukup bagi saya kerana MPV ini menyediakan begitu banyak poket, kompatmen atau laci-laci, cup holder di semua tempat depan dan belakang untuk keselesaan penumpang. Sambungan USB pengecas smartfon juga begitu banyak, cukup untuk kesemua penumpang dalam satu perjalanan yang jauh. Ini adalah satu ciri sangat penting untuk sesebuah kenderaan bernama MPV.

Darisegi pemanduan juga sangat baik. Saya agak terkejut sebuah kereta yang begitu besar ini tidak berhayun ketika mangambil selekoh agak tajam dalam kelajuan yang agak pantas. Terima kasih kepada ukuran ‘track’ nya yang lebih besar (jarak antara tayar kiri ke kanan) dan ‘wheelbase’ nya juga lebih panjang (jarak antara tayar depan ke belakang). Dan mungkin juga faktor fizikal MPV ini agak rendah dan panjang sedikit sebanyak membantu menjadikan handling MPV ini menjadi baik.

KIA Carnival ini didatangkan hanya dengan 1 varian sahaja iaitu dimuatkan dengan enjin 2.2L Diesel Turbocharged 4 silinder, dipacukan oleh 2 roda tayar hadapan dengan transmisi 8-Speed Automatik dan mampu menghasilkan 199HP kuasa kuda dan 440Nm torque. Bagi saya darisegi kuasa, ini sudah cukup dan anda tidak akan terbeban ketika ingin memotong kenderaan hadapan pada jalan berbukit.

Namun kenaikan harga KIA Carnival generasi terbaru kali ini agak ketara, iaitu RM196,340.80 (CBU) untuk dengan harga di atas jalan tanpa insurans selepas pengecualian cukai SST hingga Jun 2022. Namun dengan harga tersebut anda bakal menikmati 5 tahun Warranty dan 5 Tahun Servis percuma termasuk upah, parts & lubricant.

Apapun, pendapat saya ini adalah salah satu pilihan paling menarik untuk sebuah MPV besar dengan jumlah penumpang dan muatan yang boleh dilaras mengikut kesesuaian kita.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD