NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton SUPRIMA S: Kenapa Orang Kita Tak Kenal?

Proton SUPRIMA S: Kenapa Orang Kita Tak Kenal?

Model yang paling ‘underrated’, selalu teringgal dalam senarai, dan antara model paling banyak mendapat request untuk saya review, yup Proton SUPRIMA S.. !!

Kereta ni memang tak begitu banyak sangat kita lihat atas jalan, walaupun pada era nya, sekitar tahun 2014 ke 2018. Mungkin disebabkan ramai yang tak tahu sebenarnya potensi dan tentang latar belakang kereta ni. Konsep segmen C hatchback ni memang jarang ada kat Malaysia.

Proton Suprima S ni bukan lah segmen B macam Honda City dan Toyota VIOS, kereta ni adalah katergoi yang lebih atas iaitu segmen C seperti Honda Civic dan Toyota Corolla Altis. Honda Civic pun takde versi hatchback dia masuk ke Malaysia, jadi tak hairanlah kenapa orang kita kurang familiar dengan Proton Suprima S ni.

Tapi apa pun, kerangka kereta ni sangat baik, boleh dikatakan ‘World class’ pada era nya. Dan yang bestnya, kereta ni dah boleh dapat bawah RM30,000. Menarik.


Tahun Dilancarkan: Pertengahan 2013
Tahun model: Ogos 2013 – Ogos 2019
Kilang Pemasangan: Tanjung Malim, Perak, Malaysia
Model Asal: Proton Preve
Kategori: Segmen-C Hatchback 5 Pintu
Pacuan: 2 Roda Depan

ENJIN: 1.6L CamPro Turbo DOHC Inline-4
TRANSMISI: 7-Speed CVT

KUASA KUDA: 138 PS @ 5,000 rpm
TORK: 205 Nm @ 2,000 hingga 4,000 rpm
Boot Kaspasiti: 427 Liter
Jom Layan.. 5 Kelebihan & 5 Kekurangan Proton Suprima S! dalam video bawah ni

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy