Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik iaitu sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 di seluruh negara.
Menurut laporan berita RTM, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengatakan sebanyak 5,984 kes telah melibatkan kemalangan maut daripada jumlah itu. Tambahnya lagi, seramai 6,433 mangsa telah dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya seluruh negara pada tahun 2023.
“Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi sebanyak 173,129 kemalangan diikuti Johor (87,370), Kuala Lumpur (72,701), Pulau Pinang (53,289), Perak (41,578) dan Negeri Sembilan (28,822).
“Selain itu, Selangor juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 1,059 mangsa, diikuti Johor (1,045), Perak (683), Kedah (576) dan Sarawak (429),”
Orang ramai dinasihati supaya pandu dengan berhemah dan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan jalan raya yang tidak diingini berlaku.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?