NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kes Kemalangan Jalan Raya Rekod Hampir Setengah Juta Sepanjang Tahun 2023

Kes Kemalangan Jalan Raya Rekod Hampir Setengah Juta Sepanjang Tahun 2023

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik iaitu sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 di seluruh negara.

Menurut laporan berita RTM, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar mengatakan sebanyak 5,984 kes telah melibatkan kemalangan maut daripada jumlah itu. Tambahnya lagi, seramai 6,433 mangsa telah dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya seluruh negara pada tahun 2023.


Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi sebanyak 173,129 kemalangan diikuti Johor (87,370), Kuala Lumpur (72,701), Pulau Pinang (53,289), Perak (41,578) dan Negeri Sembilan (28,822).

“Selain itu, Selangor juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 1,059 mangsa, diikuti Johor (1,045), Perak (683), Kedah (576) dan Sarawak (429),”


Orang ramai dinasihati supaya pandu dengan berhemah dan berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan jalan raya yang tidak diingini berlaku.

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy