Menurut Jaecoo Malaysia, Jaecoo J7 telah menjalani percubaan off-road di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC). M4TREC, penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan rintangan yang pelbagai dan mencabar. Digabungkan dengan keadaan iklim hujan dan lembap sepanjang tahun di Malaysia, ujian ini merupakan bukti penilaian prestasi kenderaan off-road.
SUV premium ini telah diperlihatkan pada awal bulan ini dengan 2 jenis varian iaitu versi Front Wheel Drive dan All Wheel Drive (AWD) di mana kedua-dua jenis varian mampu menghasilkan kuasa sebanyak 197 Ps dan 290 Nm dengan enjin 1.6 TGDI dan transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT).
Untuk memastikan penilaian yang menyeluruh terhadap J7, para pelatih pakar M4TREC telah menetapkan pelbagai halangan mencabar semasa ujian, termasuk ujian “roller ramp”, ujian artikulasi, lintasan bukit (ridge crossing), dan turunan cerun. Berhadapan dengan pelbagai ujian, J7 menunjukkan kebolehan terunggul dalam mengatasi keadaan jalan yang sukar serta ketahanan impak, dengan mudah menakluk halangan yang pelbagai.
Dalam ujian moose yang telah dijalankan pada had kelajuan 80 km/j, Jaecoo telah menampilkan chassis tuning yang menakjubkan. “Keupayaan off-road J7 yang luar biasa telah mengejutkan kami, ditunjukkan melalui navigasinya yang lancar melalui jalan yang kasar dan mencabar di M4TREC,” kata seorang instruktur bertauliah M4TREC.
Mempunyai saiz yang lebih kurang dengan Toyota Corolla Cross iaitu panjang sebanyak 4,500 mm, lebar 1,865 mm, tinggi 1,680 mm dengan jarak di antara tayar sebanyak 2,672 mm, berdasarkan statistik off-road, J7 mempunyai kelegaan tanah sebanyak 200 mm, kedalaman mengharungi 600 mm, dengan sudut pendekatan dan berlepas masing-masing pada 21 darjah dan 29 darjah.
Turut diperlihatkan pada awal bulan ini adalah model J8, SUV tiga baris tempat duduk yang didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocharged dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 249 Ps dan 385 Nm. Jaecoo akan terus berdedikasi untuk memberikan momentum yang lebih kukuh dalam mengembangkan pasaran di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.