passionately driven

12,882 Unit Telah Berjaya Dijual Pada Januari 2024 – Proton Saga Kekal Model Terlaris

Rekod jualan bagi Januari 2024 telah diumumkan oleh Proton iaitu sebanyak 12,882 unit telah berjaya dijual sekaligus menjadikan ia sebagai permulaan terbaik pada tahun ini sejak tahun 2013. Kenaikan sebanyak 1.3 peratus berbanding jualan pada Disember 2023 dan kenaikan 10.3 peratus dari tempoh yang sama tahun lalu. Ia telah mengukuhkan lagi kedudukan Proton di tempat kedua dalam keseluruhan jualan.

Dianggarkan sebanyak 19.5 peratus bagi perkongsian pasaran syarikat bagi bulan Januari, iaitu 3.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Bagi jumlah Volum Industri (TIV) pula dianggarkan sebanyak 66,134 unit yang menunjukkan penurunan sebanyak 15.6 peratus berbanding bulan Disember, di mana jumlah itu meningkat akibat dorongan jualan kenderaan akhir tahun yang lebih tinggi untuk penutupan tahun 2023.

Berjaya terjual sebanyak 6,129 unit, Proton Saga masih mengekalkan kedudukan sebagai model paling laris pada Januari 2024 dan turut mewakili hampir separuh daripada jumlah keseluruhan jualan bagi syarikat ini. Di tempat kedua pula diduduki oleh SUV segmen-B paling laris di Malaysia iaitu Proton X50 dengan jualan sebanyak 2,002 unit.

Mengikut rapat di bawahnya adalah Proton Persona dengan 1,846 unit telah berjaya dijual. Seterusnya diduduki oleh model baharu iaitu Proton s70 yang baru dilancarkan pada November 2023 dengan 1,442 unit terjual pada bulan lepas. Dijangkakan S70 akan terus mendaki dan berada di kedudukan yang lebih baik selepas ini dengan 8,000 tempahan dan turut berjaya memasuki pasaran eksport pertamanya ke Brunei.

Tidak dilupakan bagi model Proton yang lain, Iriz juga meningkat sebanyak 7 peratus dengan 523 unit terjual dan 372 unit bagi X70. Manakala bagi X90, 365 unit telah berjaya dijual pada Januari lepas dan 203 unit telah dihantar bagi Exora, walaupun model itu sudah dihentikan pengeluarannya.

“Proton teruja untuk memulakan tahun 2024 dengan utuh, diserlahkan lagi oleh penghantaran yang kukuh untuk model terbaharu kami, Proton S70. Sambutan yang menggalakkan mengesahkan bagaimana model kami menjadi pilihan pembeli yang mencari kenderaan inovatif. Oleh itu, kami berdedikasi sepenuhnya untuk memenuhi permintaan yang meningkat daripada pelanggan manakala pasukan kami tetap bekerja dengan gigih untuk memastikan penghantaran tepat pada masanya untuk memenuhi serta melebihi jangkaan pelanggan.

“Pada masa ini, ramai yang menganggarkan bahawa jualan automotif Malaysia akan menurun pada tahun 2024. Ini disebabkan faktor seperti kenaikan SST serta pengenalan cukai barangan mewah. Walau bagaimanapun, Proton kekal optimistik dengan permulaan yang kukuh kami untuk tahun ini akan menetapkan nada untuk 11 bulan yang akan datang kerana kami menyasarkan lebih banyak pertumbuhan jualan dengan fokus berterusan pada inovasi, kualiti dan khidmat pelanggan,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD