passionately driven

Kes Honda HR-V Selesai – Pemilik Dapat Semula Seperti Baharu

Berikutan dengan isu seorang pemilik Honda HR-V meluahkan rasa kecewanya pada bulan lepas kerana pihak Honda tidak dapat membaiki keretanya yang rosak, kini kes tersebut telah berjaya diselesaikan. 

Melalui satu wawancara bersama UtusanTV, Noriya Mamat, 37, telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima kembali kenderaan miliknya dalam keadaan seperti baharu. Selepas 16 hari telah dihantar ke Honda Malaysia untuk mengenal pasti punca kerosakan, beliau memaklumkan telah menerima kenderaannya kembali pada hari Isnin yang lalu, 29 Januari.

Difahamkan bahawa punca kerosakan berpunca daripada kerosakan pada lampu hadapan tidak boleh laras, lampu penunjuk pada papan pemuka berkelip-kelip dan lampu kecemasan yang menyala adalah disebabkan masalah pada sensor lampu, jelas beliau.

“Saya telah menerima Honda HR-V ini dalam keadaan yang baik dan cantik seperti kereta baharu. Semua komponen juga telah ditukar dengan alat ganti yang baharu dan saya amat berpuas hati. Meskipun besar harapan saya untuk mendapatkan kereta baharu, namun saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka selepas perbicangan menyeluruh bersama pihak Honda,” katanya.

Tempoh masa seminggu daripada Honda telah diberikan bagi membuat pandu uji terhadap keretanya selepas dibaiki. Honda Malaysia juga telah memberi jaminan kepada beliau bahawa perkara ini tak akan berlaku lagi.

“Pihak mereka juga menghubungi saya pada setiap hari bagi mendapatkan perkembangan lanjut sekiranya terdapat perubahan pada kereta,” ujar usahawan ini.

Noriya berterima kasih kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan warganet yang telah bantu menyebarkan kes beliau dan yang memberi pertolongan dan sokongan kepada dirinya.

 

Sumber : UtusanTV

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD