Jumlah jualan trak pikap di Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan dalam pasaran trak pikap di Malaysia iaitu sebanyak 58,600 unit berjaya dijual pada tahun 2023. Berbanding pada tahun 2022 iaitu hanya sebanyak 57,710 unit, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.54 peratus. Walau bagaimanapun, ia masih dikira sedikit berbanding dengan jumlah keseluruhan jualan pada 2023 iaitu 799,731 unit.
Masih mengekalkan kedudukan teratas, Toyota Hilux sekali lagi menjadi trak pikap paling laris dengan jualan sebanyak 27,447 unit, bersamaan peningkatan 0.92 peratus berbanding pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, jika dikira mengikut perkongsian pasaran Hilux pada tahun 2023, mereka menunjukkan sedikit penurunan kepada 46.8 peratus berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 47.1 peratus.
Diikuti dengan tempat kedua, telah diduduki oleh Mitsubishi Triton dengan jualan sebanyak 9,812 unit. Dijangka bakal ada model generasi ketiga pada tahun ini yang bakal menggantikan model generasi kedua sekarang dan bagi tahun akhir ia berada dalam pasaran, peningkatan jualan sebanyak 1.19 peratus telah direkodkan bersama dengan perkongsian pasaran pada 16.7 peratus.
Kredit Imej : Paultan
Tidak dilupakan bagi model Isuzu D-Max yang telah menyumbang jualan terbaik yang pernah dicatatkan, iaitu 9,650 unit (peningkatan 4.77 peratus berbanding 2022) dan perkongsian pasaran menjadi 16.5 peratus. Mengikut rapat di bawahnya adalah Ford yang baru melancarkan New Ranger dan Everest Wildtrak pada tahun lalu dan sekaligus merekodkan sebanyak 8,699 unit.
Berbeza bagi Nissan Navara dan Mazda BT-50 yang menunjukkan penurunan jualan yang banyak pada tahun lalu dengan hanya 2,366 unit berjaya terjual bagi Nissan Navara dan cuma 189 unit untuk Mazda BT-50. Pasaran trak pikap dapat dilihat sangat kompetitif di mana hanya beberapa ratus unit sahaja yang membezakan kedudukan mereka.
Sumber : Paultan