Sejak dari zaman Saga ‘bumper besi’, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sememangnya pengguna tegar kenderaan sedan dari Proton. Yang terkini, mereka sudah bertukar kepada Honda Civic FC dan juga Honda FE yang lebih bertenaga selepas mereka menggunakan Proton Preve sebagai kereta peronda polis mereka.
Proton baru sahaja melancarkan model sedan baharu mereka iaitu Proton S70 pada November tahun lalu yang mampu menandingi kuasa Honda Civic. Dengan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo PFI, ia mampu menjana 150 Ps dan 226 Nm tork. Berbanding Civic yang menerima kotak gear CVT, S70 menerima kotak gear DCT automatik.
Kredit Imej : Theophilus Chin
Sahabat kami, Theophilus Chin, telah membuat satu lakaran digital tentang bagaimana bayangan rupa kereta peronda polis yang menggunakan Proton S70. Dengan menggunakan asas S70 Flagship X berwarna putih, Theo telah menambah grafik badan rekaan terkini PDRM yang diambil dari peronda Civic FE dan memadankan lampu strob pada bahagian atas bumbung sedan ini.
Menarik juga rekaan kereta peronda polis dengan menggunakan Proton S70. Adakah PDRM akan mengambil model ini untuk bertukar dari Honda Civic FC kepada Proton S70?
Sumber : Paultan
Kredit Imej : @theottle / Theophilus Chin