Proton telah mengumumkan bahawa sedan segmen-C Proton S70 mereka berjaya dijual sebanyak 2,314 unit pada Februari lalu sekaligus menjadikan model mereka mendominasi sedan segmen-c paling laris dalam kelasnya bulan lalu.
Rekod berkenaan jelas menunjukkan peningkatan yang agak banyak berbanding jualan pada Januari yang lalu iaitu hanya sebanyak 1,442 unit yang berjaya diserahkan kepada pelanggan. Menurut Proton peningkatan jualan S70 pada bulan lalu adalah selaras dengan peningkatan produksi model berkenaan di kilangnya.
Proton S70 telah pun dilancarkan secara rasmi pada November 2023, namun menurut CEO Proton, Roslan Abdullah terdapat 2 sebab kenapa penghantaran kepada pelanggan masih tertangguh. Yang pertama, untuk memastikan kualitinya terjaga dan dalam keadaan baik merangkumi aspek alat ganti dan proses. Yang kedua, untuk mendaftarkannya pada tahun 2024 atas sebab nilai jualan balik (RV).
Proton menjangkakan model ini akan terus meningkat dalam bulan-bulan ke depan berdasarkan angka jualan pada Januari dan Februari 2024 ini.
Sumber : Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?