Pemandu Myvi Putih Diburu, Memandu Secara Merbahaya

Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 93 Jalan Ipoh – Butterworth dekat Selinsing di Bagan Serai sedang diburu oleh pihak polis.

Sebuah video berdurasi 39 saat dari rakaman dashcam kejadian itu telah dimuat naik dan tular di media sosial di mana kejadian tersebut telah berlaku pada 3 Mac.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff, Perodua Myvi berwarna putih berkenaan dikesan telah menyebabkan kemalangan dengan dua kenderaan lain berdasarkan rakaman dashcam yang berdurasi 39 saat itu.

Kedua-dua pemilik kenderaan terbabit telah pun membuat laporan polis dan rakaman percakapan telah diambil oleh pihak polis. “Berdasarkan siasatan awal, Perodua Myvi itu didaftarkan atas nama seorang wanita berusia 45 tahun yang beralamat di Ipoh. Polis kini dalam usaha mengesan pemilik kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk tampil bagi memberi kerjasama dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Khairul A’ini Jamaludin di talian 019-8294242.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD