NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sedan Segmen-C Paling Laris di Malaysia Februari 2024 – Proton S70

Sedan Segmen-C Paling Laris di Malaysia Februari 2024 – Proton S70

Proton telah mengumumkan bahawa sedan segmen-C Proton S70 mereka berjaya dijual sebanyak 2,314 unit pada Februari lalu sekaligus menjadikan model mereka mendominasi sedan segmen-c paling laris dalam kelasnya bulan lalu.

Rekod berkenaan jelas menunjukkan peningkatan yang agak banyak berbanding jualan pada Januari yang lalu iaitu hanya sebanyak 1,442 unit yang berjaya diserahkan kepada pelanggan. Menurut Proton peningkatan jualan S70 pada bulan lalu adalah selaras dengan peningkatan produksi model berkenaan di kilangnya.

Proton S70 telah pun dilancarkan secara rasmi pada November 2023, namun menurut CEO Proton, Roslan Abdullah terdapat 2 sebab kenapa penghantaran kepada pelanggan masih tertangguh. Yang pertama, untuk memastikan kualitinya terjaga dan dalam keadaan baik merangkumi aspek alat ganti dan proses. Yang kedua, untuk mendaftarkannya pada tahun 2024 atas sebab nilai jualan balik (RV).

Proton menjangkakan model ini akan terus meningkat dalam bulan-bulan ke depan berdasarkan angka jualan pada Januari dan Februari 2024 ini.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy