NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

BMW X6 Disita, Pemilik Pandu Tanpa Cukai Jalan Selama 7 Tahun

BMW X6 Disita, Pemilik Pandu Tanpa Cukai Jalan Selama 7 Tahun

Seorang pemilik kenderaan mewah jenis BMW X6 telah ditahan di Lebuhraya Grand Sepadu hala Bukit Raja pada Selasa kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh selama 7 tahun.

Ia terbongkar sewaktu kenderaan tersebut ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa rondaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024. Selain LKM telah tamat tempoh, kenderaan tersebut juga tidak mempunyai perlindungan insurans, menurut Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan.

“Kenderaan mewah itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun. Alasan diberikan tidak memperbaharui cukai jalan kerana memandu untuk jarak dekat dan membeli kenderaan itu dengan tidak menukar nama,” katanya pada Rabu.

Kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) dan telah dibawa ke JPJ Shah Alam. Tidak memiliki insurans perlindungan kenderaan yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, ulas beliau.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Untuk sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang ramai boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu serta butiran aduan.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy