NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

GWM Malaysia Pamer Tank 300 dan Haval H6 Hibrid di Malaysia Autoshow 2024!

GWM Malaysia Pamer Tank 300 dan Haval H6 Hibrid di Malaysia Autoshow 2024!

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal mempamerkan dua model SUVnya pada pameran Malaysia Autoshow 2024 iaitu model Tank 300 dan Haval H6 hibrid. Ini merupakan pertama kami kedua model ini diperlihatkan kepada orang ramai secara fizikal.

Pameran Malaysia Autoshow 2024 akan berlangsung di MAEPS, Serdang bermula dari 22 Mei hingga 26 Mei ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Selain dari dua model yang dinanti-nantikan ini, GWM turut akan mempamerkan barisan modelnya yang sedia ada iaitu Ora Good Cat dan Ora 07.

Dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi, Tank 300 didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana kuasa sebanyak 220 PS dan 380 Nm tork. Perincian penuh masih belum didedahkan lagi namun GWM Malaysia memberi petunjuk SUV ini dianggarkan berharga sekitar RM258,000.

Selain itu, model yang dinanti-nantikan oleh semua orang iaitu Haval H6 hibrid didatangkan dengan enjin hibrid 1.5 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana kuasa sebanyak 150 PS dan 230 Nm tork serta digandingkan bersama motor elektrik. Perincian penuh masih belum didedahkan lagi namun model ini dijangka bakal dilancarkan pada suku ke-3 tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk melihat dan pandu uji model-model dari GWM ini boleh berkunjung ke tapak mereka di Booth A04, Hall A yang bertempat di MAEPS, Serdang pada 22 hingga 26 Mei ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy