Berikutan dengan isu di mana seorang pemilik kenderaan jenis Omoda 5 mengalami masalah gandar (axle), Chery Malaysia hari ini telah mengeluarkan kemas kini terkini iaitu :
Selepas penyiasatan menyeluruh dan analisis mendalam daripada pasukan pakar dari China International, pihak Chery sudah mengenal pasti punca isu yang disebabkan oleh peningkatan kemudahan di sana.
Menurutnya, pihaknya secara proaktif menghubungi pemilik kenderaan untuk menjadualkan pemeriksaan terperinci dan memberi keutamaan kepada kenderaan yang terjejas.
Sementara itu, Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata, susulan siasatan menyeluruh, vendor melaporkan bahawa isu itu disebabkan oleh peningkatan kemudahan di sana.
“Ia berpunca di mana hujung mesin kimpalan automatik yang haus digantikan dengan hujung kimpalan baharu. Penggantian hujung kimpalan baharu mengakibatkan salah kalibrasi peralatan berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, pembuat kereta itu mengatakan bahawa terdapat sejumlah 60 unit kenderaan OMODA 5 dengan bahagian yang terjejas di Malaysia, dikeluarkan pada 15 Ogos 2023.
Namun, Chery Auto Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melancarkan jaringan yang lebih luas dengan melaksanakan kempen perkhidmatan khas untuk memanggil dan memeriksa kenderaan OMODA 5 dengan gandar belakang yang dihasilkan antara 14 hingga 17 Ogos 2023, berjumlah 600 unit.
Chery Auto Malaysia kini telah melancarkan laman sesawang baharu khusus untuk kemas kini produk berkenaan.
Pelanggan boleh melawati https://www.chery.my/chery-product-update untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini produk yang berkaitan dengan kenderaan Chery anda.
Anda hanya perlu memasuki laman sesawang berkenaan dengan memasuki Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN).
Setakat 3 Mei 2024, Chery Auto Malaysia telah menghubungi lebih daripada 53% (32/60) daripada pemilik kenderaan yang terjejas.
Bagi pemilik kenderaan jenis Omoda 5, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kenderaan anda di pautan laman sesawang berikut.