Proton Lancar Inisiatif Penarafan 5 Bintang – Tingkatkan Perkhidmatan Selepas Jualan

Proton telah mengumumkan dan melancarkan sebuah program baharu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan mereka iaitu inisiatif penarafan 5 bintang. Berikut adalah kenyataan rasmi dari Proton berkenaan inisiatif penarafan 5 bintang ini:


PROTON melancarkan inisiatif penarafan 5 bintang untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan di cawangannya. Inisiatif ini mengiktiraf pengedar yang mencapai tahap cemerlang, sebagai lanjutan daripada PROTON Operational Excellence (POE) yang bermula pada 6 Mac 2023.

Penilaian perkhidmatan berdasarkan kelajuan dan pematuhan SOP dinilai dalam enam bidang. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan kecekapan operasi.

Lima pengedar akan dianugerahkan penarafan tertinggi setiap bulan. Pelancaran rasmi diadakan di Melinau Auto, Kuching. Senarai cawangan yang diiktiraf akan diterbitkan di laman web PROTON.


Melalui inisiatif ini, setiap cawangan akan mengetahui kedudukan mereka di dalam rangkaian selepas diberi penilaian pada setiap bulan dan Proton akan bekerjasama rapat dengan cawangan untuk meningkatkan kualiti servis mereka kepada pelanggan.

Senarai cawangan yang telah diiktiraf oleh Proton akan diterbitkan di laman web rasmi Proton iaitu www.proton.com berserta lencana tersendiri bagi mengiktiraf usaha pengedar.

“Proton percaya bahawa penyampaikan perkhidmatan selepas jualan tahap tinggi kepada pelanggan akan membantu membezakan kami daripada jenama saingan. Oleh itu, kami akan terus melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan operasi selepas jualan di semua cawangan untuk memastikan kakitangan yang berurusan dengan pelanggan mampu menyampaikan tahap kepuasan tertinggi kepada pelanggan,” kata CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

“Kami akui penawaran rangkaian model premium spesifikasi tinggi pada harga kompetitif mampu menarik pelanggan ke bilik pameran, tetapi menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang bertaraf tinggi dan menyediakan layanan selepas jualan akan memberi peluang untuk membina kesetiaan pelanggan kepada jenama dan membuka pintu untuk pembelian berulang, tambahnya lagi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD