passionately driven

Chery Malaysia Rasmi Pembukaan Kilang CKD Pertama di Shah Alam

­Chery Auto Malaysia Sdn Bhd hari ini secara rasmi telah melancarkan pembukaan Kilang Korporat Malaysia Chery yang pertama di rantau ASEAN di Shah Alam untuk mengeluarkan SUV off-road premium dari Jaecoo iaitu J7.

“Malaysia ialah sebuah pasaran yang sangat penting bagi Chery. Wawasan kami bagi pasaran Malaysia ialah untuk melangkah maju seiring rakan-rakan tempatan dan pelanggan dalam jangka panjang,” kata Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd, Yin
Tongyue, semasa berucap di majlis pelancaran Kilang Korporat Malaysia CHERY.

Selain pelancaran kilang, ia turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan menyaksikan sendiri kemunculan sulung Jaecoo J7 yang pertama dipasang di kilang berkenaan.

Antara model pertama yang akan dipasang di kilang termasuk Jaecoo J7 All-Wheel Drive (AWD) dan 2-wheel-drive (2WD). 500 peluang pekerjaan telah berjaya dihasilkan menerusi pembukaan kilang korporat Chery Malaysia ini.

Kilang ini terletak di tempat strategik, di kawasan perindustrian Shah Alam dan berdekatan dengan semua pembekal-pembekal yang penting kepada rantaian pembekalan.

Sehingga kini, Chery telah berjaya mencipta lebih dari 1,000 peluang pekerjaan di Malaysia menerusi semua rangkaian 100 pusat jualan dan servis di seluruh negara.

Selari untuk menyokong pertumbuhan kenderaan elektrik (EV), Jaecoo juga telah memperkenalkan kenderaan Tiggo 8 Pro Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) JAECOO J7 dan Kenderaan Elektrik (EV) sepenuhnya JAECOO J6 di Malaysia Autoshow 2024 pada
bulan Mei yang lalu.

Untuk mengetahui kemaskini terkini tentang Chery Auto Malaysia dan Jaecoo Malaysia, layari laman web rasmi mereka atau ikuti akaun Facebook rasmi Chery Malaysia dan akaun media sosial Jaecoo.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD